PERTEMUAN KEDUA 1 NOV 2009

October 30, 2009 by Mohd Safar Hasim

30 Okt . 2009

Selamat bertemu kembali untuk pertemuan kedua.

Buku-buku yang saya cadangkan ada di pejabat saya.

Bacalah untuk mendalami pengetahuan. Tidak ada jalan pintas untuk menambah ilmu.

In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure – Bill Crosby

Undang-undang & Kebebasan Akhbar Part 2 Perbincangan

October 28, 2009 by Mohd Safar Hasim

Part 2 Undang-undang dan Kebebasan Akhbar: Mencari Satu Pedrimbangan Oleh Prof. Dr. Mohd Safar Hasim

Dalam A Case for Media Freedom: Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media Held On Aug 2, 2002.

Perbincangan Terhadap Peruntukan-Peruntukan yang Membataskan Kebebasan Akhbar

I. AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

pada amnya Akta ini masih relevan khususnya yang berkaitan dengan penerbitan yang tidak diingini. Bagaimanapun, ada beberapa peruntukan lain yang perlu diberi perhatian ke arah menyemaknya atau memansuhnya. Peruntukan-peruntukan itu ialah

  1. Lesen Mesin Cetak
  2. Permit penerbitan
  3. Berita Tidak benar
  4. Keputusan Menteri adalah Muktamad dan Tidak Boleh dirujuk kepada Mahkamah

1. Lesen Mesin Cetak

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, lesen untuk mesin cetak diperkenalkan dalam tahun 1920, yang bertujuan untuk mengawal akhbar melalui mesin cetak. Entah kenapa pada ketika itu dirasakan kawalan terhadap akhbar boleh dibuat dengan berkesan melalui mesin cetak. Perlu juga diingat mesin cetak yang mencetak akhbar berbahasa Inggeris pada ketika itu dikecualikan daripada kuatkuasa undang-undang itu, kerana terdapat bantahan yang kuat daripada akhbar Inggeris yang mempertahankannya atas alasan Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan oleh Kerajaan dan Mahkamah.

Adakah lesen mesin cetak masih diperlukan pada hari ini? Dilihat dari segi amalan demokrasi semata-mata, lesen mesin cetak mungkin tidak perlu kerana is menghalang kepada amalan demokrasi itu. Namun terdapat alasan-alasan yang kuat juga supaya lesen mesin cetak ini masih diperlukan. Misalnya, penggunaan mesin cetak untuk mencetak perkara-perkara yang tidak diingini seperti mencetak wang palsu atau mencetak bahan lucah. Walaupun lesen mesin cetak masih diteruskan, langkah perlu diambil untuk mempastikan supaya pelaksanaannya tidak menyekat amalan demokrasi seperti membataskan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.

Jika diteliti, Akta ini hanya memperuntukkan pemberian lesen kepada mesin cetak yang boleh mencetak 1,000 naskah sejam. Yang ditekankan di sini ialah saiz mesin cetaknya bukan jumlah naskah yang boleh dicetak. Mesin yang mencetak 1,000 naskah dalam masa lima jam diperlukan lessen.

Akta yang ada sekarang sudah tidak menggunakan premis awal apabila Ordinan Mesin Cetak digubal oleh Kerajaan Colonial di Singapura. Adalah mungkin untuk mempertimbangkan supaya lesen untuk mesin cetak dimansuhkan, sebaliknya ia dikeluarkan sebagai lesen perniagaan biasa.

Jika hendak diteruskan amalan pelesenan, pemberian permit harus diberi apabila diminta. Amalan lalu yang terpaksa melalui proses penyiasatan Tatar belakang yang mengambil mass yang lama oleh pihak polis tidak perlu lagi. Lagipun, perniagaan yang ingin menggunakan mesin cetak tentulah tidak akan mengemukakan nama-nama mereka yang latarbelakangnya dikhuatiri. Langkah penyiasatan hales mungkin perlu pads mass lalu kerana sumber maklumat sukar diperolehi. Bagaimanapun, oleh kerana zaman teknologi maklumat kini, maklumat boleh diperolehi dengan lebih mudah. Apa yang penting ialah apa yang dibuat dengan mesin cetak selepas ia dibenarkan ber alan. Pengumpulan data boleh dibuat selepas ia diluluskan. Pemberian lesen yang lebih mudah akan menolong industri percetakan di negara ini.

  1. Permit Penerbitan

Adakah peruntukan permit penerbitan yang diperkenalkan dalam tahun 1939 masih relevan dalam era teknologi maklumat kini, di mana maklumat atau penerbitan akhbar boleh disalurkan melalui Internet tanpa keperluan permit?

Berdasarkan perkembangan teknologi adalah dirasakan bahawa peruntukan permit penerbitan sudah tidak begitu relevan lagi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna sebarang penerbitan boleh diterbitkan di Negara ini. Penerbitan-penerbitan yang bercanggah dengan morality masyarakat, seperti penerbitan lucah tidak harus dibenarkan. Untuk tujuan ini Akta Mesin Cetak dan Penerbitan masih perlu dikekalkan, mengekalkan khususnya bahagian penerbitan yang tidak diingini.

  1. 3.      Berita Tidak Benar

Peruntukan mengenai berita tidak benar diwujudkan dalam pindaan yang dibuat dalam tahun 1987. Setakat ini empat orang telah diambil tindakan, seorang daripadanya didapati bersalah dan. dihukum. Dilihat daripada kes-kes tersebut, tindakan di bawah peruntukan Seksyen 8A hanya diambil terhadap perkara-perkara yang dianggap sensitive dan boleh menggugat orang ramai.

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media

  1. 4.         Keputusan Menteri Adalah Muktamad

Peruntukan ini yang dimaktubkan dalam Seksyen 13A adalah sate peruntukan bare yang dimasukkan melalui pindaan pada tahun 1987. Pindaan ini tidak membolehkan sebarang tindakan Menteri mengenai Akta ini khususnya berkaitan dengan penolakan permohonan, penggantungan permit dan sebagainya dibawa ke mana-mana Mahkamah. Peruntukan ini membawa maksud tidak ada semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri.

Peruntukan ini dimasukkan selepas Aliran mencabar Kerajaan kerana tidak memberinya permit penerbitan untuk menerbitkan Bulanan Aliran dalam Bahasa Melayu. Adalah dirasakan bahawa peruntukan ini patut disemak semula daripada melarang semakan kehakiman (judicial review) kepada membolehkan semakan kehakiman diperuntukkan di dalam Akta.

H. AKTA RAHSIA RASMI

Pada amnya, Akta Rahsia Rasmi masih perlu dan revelan. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus diteliti ke arah mengkemaskini Akta ini, seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  1. 1.      Takrif Kerahsiaan

Pada masa ini takrif rahsia adalah tidak begitu jelas. Oleh yang demikian langkah perlu diambil supaya takrifnya dibuat dengan lebih jelas lagi.

  1. 2.      Tempoh Luput Kerahsiaan Automatik

Langkah juga perlu dibuat supaya tempoh luput kerahsiaan sesuatu dokumen atau maklumat harus diwujudkan. Pada masa ini tempoh luput kerahsiaan, misalnya 25 tahun, 50 tahun, 100 tahun, sebagaimana yang diamalkan di setengah-tengah Negara lain, seperti United Kingdom, tidak diamalkan di sini.

  1. 3.      Hukuman Penjara Minimum

Pada masa ini Akta ini memperuntukkan hukuman penjara minimum sate tahun jika disabitkan kesalahan. Adalah dicadangkan supaya peruntukan ini disemak semula ke arah menghaouskannya, dan mengembalikan budibicara hukuman kepada hakim bicara.

  1. AKTA FITNAH

Akta ini bertujuan untuk melindungi reputasi seseorang. Bagaimanapun, sebagaimana yang kits dapat lihat beberapa kes yang dibawa ke Mahkamah sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh membantutkan perkembangan kebebasan akhbar di Negara ini. Gantirosak yang dianugerahkan ‘ oleh Mahkamah yang terbesarnya meningkat hingga RM10 juta telah menggalakkan beberapa pihak untuk menuntut gantirosak yang ber umlah berjuta-juta ringgit. Sudah sampai masanya peranan wartawan diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam hal ini Mahkamah juga mempunyai peranan penting. Komen yang dibuat oleh wartawan yang melibatkan seseorang individu harus dilihat dalam konteks tertentu. Pada masa ini pemberat diberi kepada sejauh mana orang itu terkenal: lebih terkenal lebih besarlah anugerah gantirosak yang diperolehinya. Ujian yang harus dipakai ialah ujian public figure.

Jika seseorang itu public figure, mukanya harus lebih tebal. Dia tidak seharusnya mengambil tindakan saman fitnah dengan sewenang-wenang, dan jika dianugerahkan gantirosak, anugerahnya hendaklah nominal saja. Akta fitnah sepatutnya dilihat sebagai memberi perlindungan kepada private citizen, bukan public figure, seperti tokoh korporat atau ahli politik yang sememangnya terdedah kepada publisiti, baik maupun buruk.

IV.  PENGHINAAN MAHKAMAH

Wartawan terdedah kepada Penghinaan Mahkamah di luar Mahkamah melalui laporan ataupun komen terhadap sesuatu kes. Walaupun terdapat perlindungan bersyarat dalam melaporkan berita Mahkamah, wartawan tetap terdedah kepada kemungkinan diambil tindakan kerana menghina Mahkamah.

Tidak lama dahulu ada cadangan daripada beberapa pihak untuk mewujudkan Akta Penghinaan Mahkamah, sebagaimana yang ada di United Kingdom dan India. Jika Akta sedemikian diwujudkan adalah disarankan supaya diberi perlindungan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Kertas ini telah menghuraikan latarbelakang beberapa undang-undang yang khusus membabitkan akhbar. la juga mengenalpasti beberapa peruntukan di dalam Akta tertentu yang dirasakan harus disemak semula atau dipinda untuk menjadikan is lebih sesuai pads masa sekarang. Kertas ini merasakan undang-undang yang ada tidak perlu

 

dimansuhkan kerana terdapat unsur-unsur yang masih perlu dan relevan. Bagaimanapun, adalah dicadangkan beberapa peruntukan yang dirasakan tidak relevan lagi haruslah dipinda atau dimansuh.

Daripada perbincangan di atas dapat dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media

memperuntukkan mengenai kebebasan bersuara dan ini merangkumi kebebasan akhbar. Bagaimanapun, kebebasan bersuara ini adalah tertakluk kepada sekatan dan batasan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga undang-undang.

Soalan yang perlu ditanya ialah: Adakah dengan adanya sekatan dan batasan ini, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini tidak wujud?

Sebagaimana yang dibincangkan di atas dan kes-kes yang ditunjukkan, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar secara mutlak sememangnya tidak wujud. Bagaimanapun, adakah kebebasan secara mutlak ini baik untuk negara? Sebagaimana yang dapat dilihat daripada kes-kes yang dikemukakan, tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar batasan undang-undang ini adalah wajar.

Bayangkan apa akan berlaku jika negara tiada undang-undang berkaitan dengan rahsia rasmi. Sesesiapa saja dengan sewenang-wenang boleh membocorkan rahsia negara tanpa takut. Akan kucar-kacirlah negara jika ini dibenarkan berlaku. Apa yang perlu ialah kawalan terhadap batasan ini, supaya tindakan hanya diambil terhadap mereka yang membocorkan rahsia yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Apa yang wartawan takutkan ialah tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia yang berkaitan dengan tindakan rasuah pihak-pihak tertentu boleh disalahertikan.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Kefitnahan.

Sayugia diingat bahawa fitnah adalah sesuatu tindakan terhadap individu dan ini menjejaskan reputasinya. Jika kebebasan bersuara digunakan secara sewenang-wenang, tentulah buruk padahnya. Orang akan merasa terancam kerana mereka mungkin terdedah kepada ancaman fitnah. Bagaimanapun, mereka yang patut mendapatkan perlindungan sebenarnya adalah warganegara biasa dan bukan public figure. Untuk tujuan ini perlindungan yang lebih diberikan kepada akhbar di bawah Akta Fitnah. Perlindungan yang diberikan kepada akhbar di bawah Penghinaan Mahkamah perlu diperkemaskan lagi.

Kesimpulannya, beberapa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang adalah wajar walaupun ada pihak tidak menyetujuinya. Pada nada yang sama ada juga peruntukan yang perlu disemak semula. Dalam melaksanakan semua ini apa, yang penting diberi perhatian ialah keselamatan dan kestabilan Negara. Demokrasi tidak bermakna lagi jika Negara ini kacau-bilau dan pemerintahan tidak dapat mengawal keadaan. Apakah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar bermakna lagi setelah negara negara menjadi kucar-kacir? Adakah hanya pads ketika itu orang akan menghargai keselamatan dan kestabilan negara ini?

Kerajaan di bawah konsep semangat keperlembagaan perlu disekat dan dihadkan kuasanya, begitu juga akhbar. la tidak boleh mempunyai kebebasan mutlak; kebebasan akhbar bermakna kebebasan dalarn ruang lingkup undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam anabsis terakhir, Kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihnya, kerana kedaulatan terletak kepada rakyat.

Rujukan

Mohd Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuala: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang media dan siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors.

S.A. De Smith.1962. Constitutionalism in the Commonwealth Today. Vol. 4 Mal LR 205.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10.

Akta Hasutan 1948.

Akta Rahsia Rasmi 1972.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Akta Kefitnahan 1957.

Teka dan Menang 2

October 24, 2009 by Mohd Safar Hasim

1. Kera

Gambar ini diambil di laluan FSSK berhadapan dengan Studio Penyiaran PPMK pada 23 Okt. 2009. Mungkin kerana dunianya (hutan) sudah dibangunkan, kera ini terpaksa keluar dari hutan.

Sila teka dalam bentuk ayat menggunakan tidak lebih  empat perkataan saja. Jika tiada jawapan betul diterima saya akan beri clue… buat masa ini cuba dulu. Pelajar pertama menjawab dengan betul akan menerima hadiah buku bertajuk:

Komunikasi di Malaysia: Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari

Penyunting: Mohd Safar Hasim dan Zulkiple Abdul Ghani

 

 

Teka dan Menang

Teka dan Menang

Undang-undang & Kebebasan Akhbar: Mencari Satu Perimbangan

October 18, 2009 by Mohd Safar Hasim
 

 

 

Appendix 5

 

 

 

Undang-Undang dan Kebebasan Akhbar: Mencari Satu Perimbangan

 

 

 

OlehM ohd SafarH asim*,P rofesoKewartawanan Universiti K ebangsaan Malaysia

Pengenalan

Kertas ini bertujuan untuk melihat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan

akhbar seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitaru Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan

sebagainya. Ia cuba melihat implikasi undang-undang itu, dengan merujuk kepada

beberapa peruntukan di dalam undang-undang berkaitan.

Selain itu ia mencadangkan beberapa peruntukan tertentu disemak semula, dipinda

atau dimansuhkan selaras dengan perkembangan era teknologi dan unfuk membawa

undang-undang ini supaya selaras dengan amalan demokrasi di Negara ini. Lebih-lebih

lagi kerana beberapa daripada undang-undang ini bermula sejak zaman colonial Inggeris

lagi.

Kertas ini juga melihat peranan akhbar dalam konteks peranan kuasa keempat

(fourth estate). Ia menghujah bahawa Kebebasan Akhbar adalah tidak mutlak, begitu juga

Kerajaan. Supaya akhbar boleh memainkan peranan yang lebih baik, beberapa

perlindungan tertentu diberikan kepada akhbar dan beberapa peruntukan yang ada di

dalam beberapa buah akta kini disemak, dipinda atau dimansuhkan.

Keraiaan dam Semangat Perlembagaan

Malaysia adalah sebuah negara demokrasisi berparlimen yang mempunyai

perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan

ini memperuntukkan pengasingan tiga cabang pemerintah, iaitu Eksekutif, Perundangan

dan Kehakiman. Walaupun pengasingan antara Eksekutif dan Perundangan di Malaysia

tidak mutlak, namun demikian ia memenuhi keperluan konsep sekatan dan imbangan

oleh John Locke (1632-1704) konsep pengasingan kuasa sebagaimana yang dicetuskan

oleh Montesquieu (1689-1755) seorang ahli falsafah Perancis.

 

 

 

* Dr Mohd Safar Hasim ialah f rofesor Kewartawanan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti

Kebangsaan Malaysi4 Bangi, Selangor. Kerja-kerja ini dibentangkan di Bengkel Kebebasan Media, anjuran

Suruhaniaya Hak Asasi Manusia Malaysia, pada 1 Ogos, 2002, di Kuala Lumpur.

 

 

 

32

 

 

 

APPendices

 

 

 

, Perlembagaan bukan sekadar meletakkan asas bagaimana sesebuah Negara itu harus

diperintah’IaiugaharusmemPunyaisemangatkeperlembagaanyangmenurutB.o.

Nwabueze (Constitutionalism in Emergent States) keraiaan adalah perlu tetapi

mewajibkan had ke atas kuasanya. selain itu s’A. De Smith antara lainnya menielaskan

bahawasemangatkeperlembagaanmeliputijaminanundang-undangyangefektif

terhadap hak-hak ururiyung dikuatkuasakan oleh sebuah badan kehakiman yang bebas’

Menurut Giovanni Sartori,semangatkeperlembagaandibawahperlembagaan

Ganrantiste atau perlembagaan tulen merangkumi perunfukan struktur dan rangka

sebuah kerajaan, yang iuga menetapkan sekatan-sekatan dan had-had terhadap kuasa

kerajaan, serta memperuntukkan hak asasi individu yan lebih penting lagi mekanisme

untuk melaksanakan kebebasan dan hak asasi tersebut’

oleh yang demikian dapat dilihat bahawa kerajaan Negara ini adalah sebuah

kerajaan yang dikawal oleh perlembagaan’ sebagai undang-undang asas dan utama’ Ia

mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Antara Eksekutif dan Parlimen wujud konsep

kebertanggujawaban, iaitu Eksekutif bertanggugjawab kepada Parlimen’

Akhbar adalah suatu kuasa lain yang terletak di luar daripada tiga kuasa

pemerintahan sebagaiman ayan|dinyatakan di atas. Kuasa ini diharap boleh memainkan

peranan  ”checks and balances”.Dis esetengahn egara Peranan ini mungkin boleh dimainkan

dengan lebih baik berbanding dengan Negara-negara lain’ Tetapi atas sebab-sebab

tertentu undang-undang diwuiudkan untuk mengawal kegiatan akhbar’ Kewuiudan

undang-undarg seu”giJmungkin menghalang atau menghadkan peranan akhbar dalam

konteks kebebasan akhbar. Namun, perlulah diingat bahawa jika kerajaan sendiri perlu

dihadkan kuasanya, kenapa akhbar tidak boleh dihadkan kegiatannya. Kerajaan yang

mempunyai kuasa tanpa iad mungkin boleh bertindak sewenang-wenan& begitu iuga

akhbar yang mempunyai kebebasan (yang boleh dilihat sebagai kuasa juga) tanpa had’

bolehiugabertindaksewenang-wenanS.Akibatnya,Negarajugayangmenimpa

bencana.

Kebebasan Akhbar dan Perlembagaan Persekutuan

Konsep Kebebasan Akhbar tidak wujud secara tersendiri di dalam Perlembagaan

Persekutuan.IamerupakansebahagiandaripadaaPayangdikenalisebagaikebebasan

bersuara atau kebebasan bercakap. Maksud kebebasan bersuara di sini termasuklah juga

kebebasan mengeluarkan fikiran. Konsep kekebasan bersuara ini diperuntukkan di

bawah Perkara 10(1Xa) Perlembagaan Persekutuan’

33

 

 

 

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Reporto f Suhakam’sW orkshopo n Freedomo f the Media

 

 

 

Tidak dapat dinafikan kebebasan bersuara, yang merangkumi kebebasan akhbar,

adalah asas penting kepada semua jenis hak dan kebebasan asasi yang lain dalam

Perlembagaan. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi

berParlimerg kebebasan bersuara ini yang merangkumi juga kebebasan akhbar adalah

suatu konsep yang penting. Tanpa kebebasan bersuara, kehidupan masyarakat

demokratik seperti yang diamalkan di Malaysia tidak dapat dilaksanakan dengan

semPurna. Akhbar dan media lairy sebagai wadah menyampaikan fikiran merupakan

sebahagian daripada konsep kekebasan bersuara ini.

Ada dua perkara yang perlu diingat berkaitan dengan Perkara 10(1)(a) ini. Pertama,

kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)(a) ini adalah terpakai

kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

Kedua, konsep kebebasan.bersuara ini bukanlah stratu,hak atau kebebasan yang

mutlak. Had atau sekatan terhadap kekebasan ini diperuntukkan di dalam Perlembagaan

Persekutuan, melalui Perkara 10(2)(a); dan undang-undang lain di Malaysi4 sebahagian

daripadanya akan diperkatakan di bawah ini.

Batasan di bawah Perlembagaan

Perkara 10(2Xa) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen

boleh, melalui undang-undan& mengenakan had atau sekatan ke atas kebebasan

bersuara jika ia diperlukan atau mustahak. Ia juga memperuntukkan tujuh dasar seperti

berikut:

. Kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

r Perhubungan keselamatan dengan negara-negara lain;

o Ketenteraman awam;

o Melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau Dewan Negeri;

. Penghinaan terhadap Mahkamah;

o Fitnah;

o Perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Had atau sekatan terhadap kebebasan bersuara sebagaimana yang diperuntukkan di

bawah Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoalkan oleh

 

 

 

u

 

 

 

APPndicu

mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 4(2Xb) Perlembagaan

persekutuan. Ini bererti laur uau semakan kehakiman dibenarkan sebagaimana yang

disebut dalam Perkara (2xb)rbagi Sekatan yang dibuat terhadap kebebasan bersuara

berkaitandengantujuhdasaryangdiperuntukkandibawahPerkaral0(2xb)itu.

Bolehlah diandaikan bahawa selain daripada tujuh dasar yang disebutkan ihr masih ada

ruang untuk mempersoalkannya di mahkamah’

selain itu, Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan iuga telah memperuntukkan

sekatan-sekatan tertentu berhubung peruntukan-peruntukan di bawah Bahagian 3

PerlembagaanPersekutuan,PerkaraLsl.,Perkaral53danPerkaralslPerlembagaan

Persekutuan.

Batasan di Bawah Undang-Undang

Kebebasan bersuara iuga dibatasi oleh undang-undang’ Di bawah ini dibincangkan

enam undang-undang p”"ti”g yang perlu diketahui oleh orang ramai’

L AICTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

Aktainimempunyaisejarahyangagaklama.Iabolehdisusurgalurhinggakezaman

pemerintahan British East India Company di India sekitar

:1″”

179oan. Peraturan dan

undang-undangberkaitanaklrbardanpenapisanmuladikeluarkanpadatahunlT99.

Dari tahun tersebut hingga tahun 1835, tiga buah Presidensi yatg dikuasai oeh East India

company, iaitu Bengal,il”dru, dan Bombay mengamalkan syltem penapisan yang ketat’

Akhbar-akhbar yang hendak dicetak mesti ditunjukkan terlebih dahulu kepada Keraiaan

presidensi berkenaan dan melalui satu proses penapisan sebelum ia dibenarkan dicetak’

Akibatnyaadaakhbaryangdikeluarkanmempunyairuangankosongkeranabahan

beritanya dikeluarkan oi”n p*,ut Keraiaan. Amalan yang sama juga berlaku di Negeri-

Negeri Selat.

padabulanseptemberlg35,GovemorGeneralditndiamenggubalsuatuundangundangbaruyangdikenalisebagailndianActNo,

ll,yangmemansuhkansemua

undang-und*gp”,’upisanyangberkuatkuasadisemuapresidensiinaia.Undangundang

baru ini hanya memerlukan mesin cetak didaftar’ Pemansuhan penapisan ini

disambutdiSingapuradenganmenubuhkansebuahakhbarbaruyangdikenalisebagai

Singapote Free Press pada bulan Oktober 1835′

Dari tahun 1g35 hingga 1g20 tidak ada undang-undang yang mengawal a}:hbar atau

mesincetak(kecualitrntuksuafutempohsingkatapabilaberlakukekacauandilndia

 

 

 

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Reporto f Suhakam’sW orlcshopo n Freedomo f the Media

 

 

 

dalam tahun 1857). Pada tahun 1920 Ordinan Mesin Cetak diperkenalkan di Singapura

(yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Negeri-Negeri Selat). Undang-undang ini

diperkenalkan berikutan kekacauan yang berlaku di Singapura. Yang melibatkan dua

kumpulan yang bertentangan, yang menggunakan akhbar. Undang-undang yang sama

diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1924, dan diikuti oleh

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu satu per satu kemudiannya.

Di bawah Ordinan Mesin Cetak yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat itu, sesiaPa

yang ingin memiliki dan mengguna mesin cetak perlu mendapatkan lesen yang

boleh diberi atas budibicara pemerintah ketika itu. Di bawah ordinan ini, pemilik dikehendaki

menjadi penapis akhbar yang mereka cetak. tni adalah peruntukan penting yang

wujud hingga ke hari ini.

Satu lagi peruntukan penting ialah permit penerbitan. Peruntukan ini digubal dalarrn

tahun 1939 apabila pihak pemerintah colonial di Singapura mula menghidu kegiatan

propaganda ]epun yang menubuhkan akhbar berbahasa Cina, ]epun, Inggeris dan

Melayu.

Pada tahun 1948, berikutan pemberontakan komunis Ordinan Mesin Cetak L948

diperkenalkan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu yang bertujuan untuk memerangi

propaganda komunis. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1.984 yang ada kini adalah satu

transformasi daripada Ordinan Mesin Cetak dan yang digabung dengan Akta Penerbitan

Yang Tidak Diingini 1958. Akta Mesin Cetak 7984 yang ada sekarang mempunyai tiga

mercutanda penting iaitu pelesenan mesin cetak, permit penerbitan, dan larangan

penerbitan berita palsu (yang ditambah melalui pindaan tahun 1987). Akta ini juga

memperuntukkan bahawa keputusan Menteri berhubung dengan Akta ini adalah

muktamad dan tidak boleh dibawa ke mana-mana mahkamah.

Sesiapa yang ingin menyimpan dan menggunakan mesin cetak perlu memperolehi

lesen daripada Kementerian Dalam Negeri. Penerbit pula mesti mendapatkan permit

penerbitan sebelum boleh menerbitkan akhbar, majalah atau apa-apa periodical.

Bagaimanapury oleh kerana terdapat “kelemahan” dalam undang-undang, ada penerbit

yang menerbitkan penerbitan berkala tanpa permit. Caranya ialah dengan tidak

menggunakan nama yang sama. Seolah-olah penerbitan itu sekali saja. Penerbitan sekali,

seperti buku tidak memerlukan permit penerbitan.

Akta ini menjadi sebuah akta “hidup” berikutan pindaan yang dibuat dalam tahun

1987 dengan memasukkan peruntukan berkaitan berita palsu. Di bawah peruntukan ini

36

 

 

 

APPatdices

 

 

 

sekurang-kurangnya empat orang telah dihadapkan ke mahkamah, iaitu Editor The

Bomeo Mail, Pung chen choon, aktivis masyarakat Irene Femandez, penulis Khalid Jefri

dan ahli politik Lim Guan Eng. setakat ini hanya kes Lim Guan Eng yang telah selesai dan

menjalani hukuman peniara 18 bulan. sebenarnya Lim Guan Eng dituduh di bawah dua

Akta iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan’

EditorPungChenChoonmerupakanyangpertamadiambiltindakankerana

menyiarkan berita mengenai padri Kristian di Sabah’ Beliau telah Seksyen 8A mengenai

Berita Tidak Benar dari-segi Perlembagaan Persekutuan’ Persoalan itu diputuskan oleh

Mahkamah persekutuan bahawa ia tidak bercanggah. walaupun demikian kes ini masih

belum diputuskan. Sama ada sudah digugurkan tidak dapat dipastikan’

II. AKTAHASUTAN 1948

Akta ini “diperkenalkan” dalam tahun L948 sebagai usaha memerangi Pengganas

komunisyangmelancarkanpemberontakandalamtahunlg4S.Undang-undangini

sebenarnyabermuladalamtahunlgl5sebagaiundang-undangpenerbitanhasutandi

Negeri-negeri Selat.

AktainimemPeruntukkanpelbagaikesalahanyangmemPunyaikecenderungan

menghasut sama ada melalui kata-kata, ucapan, perbuatan atau apa-apa penerbitan

sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1Xa) hingga seksyen 3(1)(Q, Akta

Hasutan L948.

Kecenderunganmenghasutinimeliputipelbagaikeadaantermasukmembangkitkan

Perasaanbenciterhadapmana-manaRajaatauKeraiaan,pentadbirankeadilan,

menimbulkan perasaan udaL puashati di kalangan rakyat, membangkitkan permusuhan

antarakaumdanmenyoalkedudukan,keistimewaan,kedaulatansebagaimanayang

diperuntukkandibawahBahagian3(Kewarganegaraan),Perkara152(Bahasa

Kebangsaan),Perkara153(hakistimewaofangMelayudanBumiputeraSabahdan

Sarawak)danPerkaralSl(pengecualianmengenaikedaulatanRaja.Raja).

selain itu, Akta ini juga memperuntukkan bagi kesalahan mencetak’ menjual’ mengedar

ataumengeluarulangaPa.aPapenerbitan,Seksyena(lXc).Mengimportpenerbitanyang

berkecenderungan menghasut juga adalah satu kesalahan di bawah Akta ini’ iaitu

Seksyen 4(1Xd).

Bagaimanapury Afcta ini mempunyai beberapa peruntukan pembelaan’ Antara

pembelaanituialahuntukmenuniukkanbahawasebarangRajatelahdisalahmaklum

 

 

 

AC,,{SEFOR MEDI4FREEDOM:Rcportof Suhakam’sWorleshoponFreeilomthoefM eilia

 

 

 

atau tersilap dalam apa-apa langkahnya, Seksyen 3(2Xa). Manakala seksyen 3(2Xb)

menyatakanbahawa bukan satu kesalahan untuk menunjukkan kesilapan atau kecacatan

dalam sebarang Kerajaan atau perlembagaan yang diwujudkan oleh undang-undang

atau dalam perundangan atau dalam pentadbiran kehakiman dengan tuluan untuk

membetulkan kesilapan atau kecacatan itu. Walau bagaimanapun, Seksyen 3(1X0 tidak

boleh dipersoalkan kecuali pelaksana4nnya.

Beberapa orang telah didakwa di mahkamah di bawah Akta ini. Antaranya ialah Oh

Keng Seng, Melan Abdullah, Ooi Kee Saik, Fan Yew Teng Param Cumaraswamy dan

Mark Koding.

Beberapa prinsip undang-undang telah wujud berikutan kes-kes terhadap beberapa

orang di atas. Antara prinsip undang-undang itu ialah:

i. Niat adalah tidak relevan asalkan perbuatan atau sesuafu yang dikatakan atau

diterbitkan oleh seseorang itu mempunyai kecenderungan menghasut, kes

Pendakwaraya v Oh Keng Seng dan Melan Abdullah & Anor v Pendakwaraya.

ii. Pihak pendakwa tidak perlu membuktikan bahawa kata-kata oleh seseorang itu

yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah benar atau palsu, kes

Pendakwaraya v Oh Keng Seng dan Pendakwaraya v Ooi Kee Saik. ]ika katakata

itu adalah bohong ia akan meningkatkan kemungkinan bahawa kata-kata

tersebut mempunyai kecenderungan untuk menghasut, kes Pendakwaraya v Oh

Keng Seng.

iii. Pihak pendakwaraya tidak perlu membuktikan bahawa kata-kata seseorang itu

yang mempunyai kecenderungan menghasut boleh mencetuskan huru-har4 kes

Pendakwaraya v Oh Keng Seng.

Ahli Parlimen tidak terkecuali daripada kuatkuasa Akta Hasutan ini. Sebagaimana

yang diketahui ahli Parlimen diberi kebebasan bercakap di bawah Perkara 63(2)

Perlembagaan Persekutuan. Namun kebebasan bercakap ini dibataskan oleh Perkara

63(4) Perlembagaan yang tidak mengecualikan ahli Parlimen daripada Akta Hasutan

1948. Mark Koding seorang ahli Parlimen dari Sabah telah didakwa di mahkamah kerana

perkara yang berkecenderungan meng\asut berikutan ucapan sulungnya di

Parlimen. Seorang lagi ahli Parlimen yang diambil tindakan di bawah Akta ini ialah Fan

Yew Teng yang didakwa sebagai editor The Roch,ekt erana menyiarkan artikel yang

berkecenderungan menghasut.

38

 

 

 

AWnIliffi

 

 

 

Sebagaimana yang dapat dilihat di atas hanya satu kes sahaiayangberkaitan dengan

wartawarr” iaihr kes Melan Abdullah. Dalaln kes ini Melan Abdullab seor:mg Ketua

Pengarang Utusan Melayu dan seorang sub-editor di aldrbar yang sama telah diambil

tindakan kerana sebuah artikel yang berkecendenrngan menghasut’

III. AKTA RAHSIA RASMI 1972

Sebagaimana Akta Hasutan 19118d an Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta

Rahsia Rasmi 1972 iaga mempunyai seiarah Penggunaannya sebelum Perang Dunia

Kedua lagi. Akta Rahsia Rasmi yang pertama kali diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat

iatahAkta Rahsia Rasmi, United Kingdom’

Akta ini bertuiuan mengawal serta melarang Penyebaran maklumat yang

dikelasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Seksyen 2 Akta ini mengkelaskan dokumen da4

bahan sebagai Rahsia Besar, Rahsi+ Sulit dan Terhad.

Rahsia rasmi adalah dokumen penting Kerajaan yang pembocorannya boleh

menlejaskan keseLamatan negara. Oleh yang demikian sesiapa yang menerima rahsia

rasmi tanpa sah dan membocorkannya boleh didakwa di bawah Seksyen I Akta ini. Ada

dua kes yang melibatkan pembocoran rahsia ragni iaifu yang membabitkan dua orang

ahli politikiaitu Lim KitSiang (ketikaituseorang ahliParlimen) danDatuk Haii Dzulkifli

bin Datuk Abdul Hamid.

Datuk Dzulkifli Abdul Hamid telah didapati be$alah kerana membocorkan rahsia

berkaitan dengan pendatang tanpa izin Filtpina di Sabah. Kes ini telah mewuiudkan

prinsip undang-undang berikut:

i. tidak hiluog taraf rahsia sesuatu dokumen iika seseorang itu mencuri dan

menghantar maklumat dalan dokumen itu kepada secara tidak

diketahui.

ii. Kerahsiaan dokumen masih ada walaupun maklumatrya sudah diketahui

umum.

Dua orang wartawan tetah dihadapkan ke mahkamah. Mereka ialah Sabry Shariff,

dari New Straits Trmes dan |ames CIad dari Far Eastem Economic Review- I(eduadua

mereka dihukum denda.

39

 

 

 

A CASE fOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakamb Workshop on Freeilom of the Media

 

 

 

Selepas dua kes ini beberapa kejadian lain, Akta Rahsia Rasmi telah diperketatkan

dengan menjadi hukuman penjara minimum satu tahun bagi mereka yang disabitkan

kesalahan.

ry. PENGHINAAN MAHKAMAH

Mahkamah diberi kuasa oleh Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengenai penghinaan terhadap mahkamah dan kuasa

untuk menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana orang yang telah melakukan

penghinaan terhadapnya.

Penghinaan mahkamah boleh berlaku di dalam mahkamah dan juga di luar

mahkamah. Tindakan di luar mahkamah lebih cenderung untuk melibatkan penerbitan

seperti menyoal keputusan kehakiman atau menulis sesuatu yang boleh menjatuhkan

nama baik mahkamah. Antara kes yang terbaru termasuklah kes Chandra Sri Ram v

Murray Hiebert, dan kes Zainur Zakana.

Dalam kes Murray Hiebert, seorang wartawan Far Eastern Economic Review yang

menulis suatu artikel yang mempersoalkan mahkamah, telah didapati bersalah dan

dihukum penjara selama sebulan. Dalam kes kedua, Zainur Zakaria, seorang peguambela

Datuk Seri Anwar lbrahim, telah dikenakan hukuman tiga bulan penjara oleh Hakim

Augustine Paul. Zainur telah merayu ke Mahkamah Rayuan yang mengekalkan

hukuman itu. Bagaimanapun, Zainur berjaya dalam rayuannya ke Mahkamah

Persekutuan yang mengetepikan sabitan dan hukuman.

V. FITNAH

Undang-undang terhadap fitnah terdapat dalam dua bentuk, iaitu di bawah Kanun

Keseksaan dan sebagai suatu tort. Di bawah Kanun Keseksaan, seseorang itu boleh

didakwa dan jika didapati bersalah boleh dihukum hingga dua tahun penjara dan juga

didenda.

Kertas ini memberi tumpuan kepada fitnah sebagai suatu tort sebagaimana yang

terkandung dalam Akta Fitnah L957. Banyak kes fitnah yang diambil tindakan dalam

mahkamah di Malaysia. Pada satu ketika ia menjadi begitu hangat kerana anugerah

gantirosak yang diberikan oleh mahkamah begitu tinggi hingga disebut sebagai “mega

suit”. Antara kes yang terkenal ialah tindakan yang diambil oleh Tan Sri Vincent Tan

terhadap penerbit, ketua pengaran& penulis dan pencetak majalah Malaysian Industry.

40

 

 

 

AVPendices

 

 

 

Kesemua sekali anugerah gantirugi berjumlah RM10 juta’ Berikutan dengan ini beberapa

kes lain juga dikemukakan oleh beberapa orang lain, antaranya oleh ahli politik’ ahli

perniagaan, dan penghibur. Pihak wartawan dan beberapa pihak lain termasuk Mailis

peguam, yang merasi

“”-”,

dengan tindakan ini, telah menggesa supaya Pihak tertentu

memberi perhatian kepada masalah ini’

sebagaimana yang diketahui, Akta Fitnah ini diwujudkan untuk melindungi Pihakpihakyangmerasa,

ep,,tasi,,y”dicemaridanmembolehkanmerekamengambiltindakan

sewajarnya.Namundemikianterdapatempatpembelaanyangseringdigunakanoleh

parawartawanterhadaptindakanfitnahini.Pembelaan-pembelaaninitermasuklah

pembelaaniustifikasi,pembelaankomenberpatutan’pembelaankeistimewaandan

pembelaan fitnah yang tidak disengajakan’

AntarakesyangdiputuskantermasuklahSyedHussainAtivSharikatUfusan

Melayu Berhad, Tunbatuk Patinggi Haii Abdul Rahman Yafkub v Bre Sdn Berhad & lainlain

dan Azwan Ali v Sistem Television Malaysia Bhd’

VI. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

AktaKeselamatanDalamNegerilg50digubaldalamtahunlg50untuk

menggantikanbeberapaordinanDaruratyangdigunakanselepasperistiharandarurat

dalamtahunlg4S.Undang-undanginipadaamnyabertujuanmemerangiancaman

berancang terhadap keselamatan dalam negeri. Yans didllati terlibat dalam kegiatan

yangdianggaPmengancamkeselamatandalamnegeribolehdiambiltindakantahanan

pencegahan selama dua tahun tanpa bicara, dan tahanan ini boleh disambung selagi

pihakberkuasamemPercayaiorangyangtellibatmasihmerupakanancalnan.Badanbadanbukankeraiaanmelihataktainisebagaibercanggahdenganhakasasimanusia.

Akta ini juga melibatkan penerbitan subversif, sebagaimana yang diperuntukkan dalam

Seksven ?2 – 30′

41

 

 

Etika Media dan Badan Pemantau

October 16, 2009 by Mohd Safar Hasim

Etika Amalan dalam Media dan Badan Pemantau

 Ringkasan

 Kuliah ini menerangkan mengenai etika amalan dalam media. Ia juga melihat peranan badan pemantu atau watchdog terhadap peranan akhbar. Antara lainnya ialah melihat peranan yang dimainkan oleh SUHAKAM, Majlis Akhbar atau Majlis Media.

 Apa dia etika? Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedga kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik. Misalnya, etika, merujuk kepada piawai yang memaksa tanggungjawab untuk menghalang daripada merogol, mencuri, membunuh, menyerang, memfitnah dan menipu. Piawai etika juga termasuk menjunjung kebenaran, mengasihani, dan kesetiaan.(diakses pada 16 Okt. 2009).

 Etika media ialah garis panduan yang digunakan oleh media sebagai panduan amalan yang baik oleh media. Setiap syarikat media mungkin ada garis panduan ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangannya. Begitu juga industri media. Etika ini ini boleh diwujudkan oleh badan-badan professional dan juga kesatuan sekerja. Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini (Sila rujuk garis panduan yang terkandung dalam Tatasusila Kewartawanan ini (Lihat buku Akhbar dan Kuasa, halaman 344-345). Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untu wartawan. Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.

 Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, finah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.

 Perkara-perkara yang menjadi tumpuan Tatasusila Kewartawanan Malaysia ialah:

 Laporan hendaklah benar;

Melaporkan secara jujur dan mengkritik secara saksama;

Wartawan hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen;

Kesalahan laporan hendaklah dibetulkan;

Merahsiakan sumber berita;

Menghindari laporan berita yang bercorak perkauman dan yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia;

Wartawan hedaklah memahami undang-undang Malaysia.

 

BADAN PEMANTAU

 Badan pemantau media lazimnya merujuk kepada badan seperti Majlis Akhbar atau Majlis Media. Di Malaysia, kedua-dua badan ini masih belum wujud. Walaupun terdapat gesaan untuk penubuhannya, ia masih belum  Berjaya diwujudkan kerana ia mendapat tentangan daripada wartawan, khususnya Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Penentangan ini berkait dengan pandangan bahawa Malaysia memmpunyai undang-undang yang mengawal akhbar. Oleh yang demikian, para wartawan merasakan sebuah badan lain tidak diperlukan kerana ia menjadi satu lagi lapisan kawalan.

 Majlis Akhbar mempunyai sejarah yang agak panjang di dunia ini. Sweden adalah Negara pertama mewujudkan  Majlis Akhbar pada tahun 1916. Pihak yang menubuhkan Majlis Akhbar Sweden merasa perlu untuk menubuhkan badan ini kerana di Sweden tidak ada undang-undang untuk mengawal akhbar. Ringkasnya, negara itu mengamalkan kebebasan akhbar. Ia merasa akhbar perlu dikawal walaupun bukan secara-undang tetapi secara sukarela oleh industri itu sendiri. 1947. Bentuk Majlis Akhbar di UK ini berubah menjadi Suruhanjaya Aduan Akhbar. Amerika Syarikat juga mecuba mewujudkan sebuah Majlis Akhbar, tetapi ditutup kerana ia dianggap bercanggah dengan amalan kebebasan akhbar.

 Selain  Sweden, United Kingdom juga mewujudkan Majlis Akhbar pada tahun

 Kini terdapat banyak majlis akhbar atau majlis media yang ditubuhkan di seluruh dunia bertujuan untuk menjadikan akhbar atau penyiaran lebih bertanggungjawab. Ini termasuk negara-negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal akhbar.

 Selain itu tugas memantau perjalanan akhbar dan penyiaran dibuat juga oleh badan-badan lain sama ada di peringkat negara, atau antarabangsa. Di Malaysia, wujud apa yang dipanggil sebagai Centre for Independent Journalists (CIJ). Badan ini lebih melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap media. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga bertindak sebagai pemantau. Tetapi peranannya tidaklah besar sangat.

 Di peringkat rantau, terdapat sebuah badan pemantau yang bernama South East Asia Press Association (SEAPA) yang bertindak sebagai badan pemantau di pihak wartawan.

 Di peringkat antarabangsa, UNESCO memberi banyak perhatian kepada kegiatan akhbar dan penyiaran khususnya yang berkaitan dengan kebebasan akhbar/media. Atasa dayausaha UNESCO,  pada 3 Mei setiap tahun diistiharkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu dan dirayakan di seluruh dunia. Malaysia juga merayakan hari tersebut. Tujuan utama perayaan itu ialah untuk mengalakkan perkembangan kebebasan akhbar di Malaysia,yang dilihat tidak mengamalkan kebebasan akhbar sepenuhnya.

 Rujukan:

  1. Wikipedia (akses 16 Okt. 2009)
  2. Mohd Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuasa.

All good things are difficult to achieve; all bad things are easy to get. Morarji Desai, former Prime Minister of  India.

Realize that there are not hopeless situation; there are only people who take hopeless situations - Norman Vincent Peale. 

Dipetik daripada Inspirational Quotes by World’s Greatest Personalities. Author Ganesh M.

Soalan Lazim Mengenai Ulasan Artikel Jurnal

October 9, 2009 by Mohd Safar Hasim

9 Okt. 2009

SOALAN LAZIM

Soalan. Artikel yang bagaimanakah boleh dibuat ulasan dan kritikan?

Pilihlah artikel yang berkaitan dengan tumpuan kursus ini, sama ada mengenai industri komunikasi, dasar komunikasi atau undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi, ataupun yang menyentuh ketiga-tiga aspek yang dinyatakan itu.

Soalan. Bolehkah saya mengambil artikel dalam suratkhabar atau internet untuk dibuat ulasan?

Artikel akhbar tidak boleh diambil untuk dibuat ulasan dan kritikan. Ini kerana artikel akhbar adalah pendek dan tidak ditulis secara akademik. Artikel dari internet boleh diambil JIKA ia merupakan daripada sebuah jurnal. Artikel yang berdiri sendiri tidak boleh dianggap sebagai artikel jurnal.

Soalan. Bagaimana mengetahui sama ada ia sebuah artikel jurnal atau tidak?

Setiap artikel jurnal mempunyai perkara-perkara berikut: i. Nama Jurnal ii. Tajuk Artikel iii. Ada bilangan/volume iv. Ada tahun terbit v. Ada halaman (boleh tengok halaman kandungan). Apabila menyerahkan tugasan anda diminta menyatakan maklumat ini.

Soalan. Bolehkah saya mengulas sesebuah artikel berkaitan dengan pendidikan ataupun komunikasi keorganisasian?

Tujuan utama ulasan dan kritikan jurnal ini dibuat ialah untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek daripada kursus ini. Membuat kritikan mengenai sesuatu di luar daripada aspek itu tidak akan membantu matlamat tersebut. Perlu diingat bidang komunikasi adalah agak luas. Sebuah artikel yang mengulas mengenai pilihan model untuk muka depan majalah, tentulah tidak sesuai dibuat ulasan atau kritikan jika ia hanya membincangkan dari aspek kreatif semata-mata. Bagaimanapun, jika ia membincangkan dari sudut dasar, misalnya tidak boleh menyiarkan gambar bogel atau lucah, ia boleh dibuat ulasan dan kritikan.

Soalan. Bolehkah saya mengambil buku atau bab dalam buku untuk diulas dan dikritik?

Buku dan bab dalam buku memang boleh dibuat ulasan dan kritikan. Saya ingin mencadangkan sebuah buku iaitu Dasar Komunikasi Berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari: Satu Penelitian Awal. Ada beberapa buah bab di dalam buku itu yang boleh dibuat ulasan dan kritikan. Buku ini boleh diperolehi daripada Unit Penyelidikan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi.

Soalan. Bagaimana membuat ulasan dan kritikan?

Langkah pertama ialah membaca dan memahami penulisan tersebut. Soalan-soalan berikut harus ditanya: Apakah idea pusat, atau idea utama, atau tesis (central idea or thesis) penulisan itu? Apakah yang cuba digarap oleh penulis. Apakah isi-isu pentingnya. Adakah ia menggunakan sesuatu teori atau falsafah tertentu? Apakah kupasannya jelas dan menarik? Adakah ia mudah difahami? Adakah wujud kesebatian dalam penulisannya – dari awal hingga akhir? Adakah penulisan itu menolong anda memahami isu yang diperkatakan?

Dalam menghasikan tugasan, buatlah dalam tiga bahagian: bahagian pertama ringkasan penulisan tersebut (sekadar membolehkan orang ketahui), kedua, tonjolkan beberapa isu yang penting dan menarik dalam penulisan itu dan berilah ulasan bagi setiap isu yang dikemukakan, akhir sekali buatlah kesimpulan anda. Gunalah kreativi anda sendiri untuk mengemukakan penulisan itu. Saya sudah member tiga contoh ulasan. Cuba baca balik ulasan itu.

Selamat membaca.

 

Kita membentuk kehidupan kita, dan bentuknya ditentukan pada amnya oleh sikap kita sendiri.

We each shape our own life, and the shape of it is determined largely by our attitude”. M Russel Ballard (Dipetik daripada: Inspirational Qoutes by World’s Greatest Personalities. By Ganesh M. Kuala Lumpur. VM Vision Marketing).

Penerbitan Media Cetak Dalam Era Internet

October 7, 2009 by Mohd Safar Hasim

[TALKING POINTS]

PENERBITAN MEDIA CETAK DALAM ERA INTERNET: KESAN DAN AKIBAT KEMUNCULAN INTERNET KE ATAS MEDIA CETAK.

 Oleh Tan Sri Hashim Makaruddin

Pengerusi Eksekutif

Utusan Melayu (M) Berhad

 Dibentangkan pada 5 Oktober 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia

 Masa depan yang amat mencabar

 Antara cabaran – persaingan semakin sengit dari internet khusus online. Ancaman lebih direk dan kuat kepada suratkhabar berbanding radio atau tv.

 Media  cetak khususnya suratkhabar tak lagi jadi sumber utama berita & maklumat. Golongan muda terutama beralih kepada media baru – news online, laman blog dan klasified online.

 Perubahan behavior pembaca ini sedikit sebanyak menyebabkan suratkhabar alami penurunan edaran dan jumlah pembaca.

 Berhadapan dengan kos operasi yang tinggi – para penerbit suratkhabar kini mempersoalkan arahtuju perniagaan mereka di masa depan.

 Definisi internet?

 Kamus: An interconnected system of networks that connects computers around the world via IP and many other protocols.

 Sci-Tech Encyclopedia: A worldwide system of interconnected computer networks. Internet origin can be traced to ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network) as a network of computers under the auspices of the U.S. Department of defence in 1969. Today the internet connects millions of computers around the world … unprecedented in the history of communications. The internet is a product of the convergence of media, computers and telecommunications. …The internet is a combination of several media technologies and electronic version of newspapers, magazines, books, catalogs, bulletin boards and much more. This versatility gives the internet its power.

 Dalam konteks pembentangan ini, internet merujuk kepada portal berita atas talian, blogs, Googles, Yahoo, Online classified dan laman jaringan social seperti facebook, Myspace dan twitter.

 Bagaimana media internet ini menjejaskan edaran dan  pembaca suratkhabar?

 “ You don’t exist unless you’re on Google ” may be right.

 Pada hari ini kebanyakan pengguna internet yang ingin mencari berita atau maklumat akan pergi ke Google dulu. Dengan menaip satu atau dua perkataan utama mereka dengan segera dihubungkan kepada beratus-ratus sumber maklumat yang dicari. Google telah meletakkan suratkhabar bersaing terus dengan sumber-sumber ini.

 Google juga telah menjejaskan pendapatan suratkhabar kerana ia juga mempunyai pegangan agak besar keatas pengiklanan online.

 Begitu juga Yahoo, portal web paling popular yang merupakan lebih daripada enjin pencarian. Yahoo memiliki laman berita paling popular, Yahoo News.

 Laman jaringankerja social seperti facebook, myspace dan twitter [a service for friends, family and co-workers to communicate and stay connected through the exchange quick, frequent answers to one simple question: What are you doing.] bukan sahaja memberi kesan dari segi cara berita dilaporkan tetapi juga dari segi pengedaran maklumat.

 Online classified seperti Craiglist telah berjaya mengalih berjuta-juta perolehan iklan dari suratkhabar yang selama beberapa dekad merupakan periok nasi syarikat akhbar.

 Begitu juga portal berita atau berita atas talian dan blog yang telah berjaya menarik ramai orang untuk menggunakannya sebagai sumber utama berita dan maklumat menyebabkan pembaca mengalihminat kepada internet.

 Kajian keatas perangkaan edaran dan pembaca suratkhabar di A.S. dan Eropah Barat menunjukkan kedua petunjuk utama tersebut mengalami trend menurun.

 Ancaman kepada Perolehan Iklan Syarikat Akhbar. 

 Kemunculan internet juga mengancam “ survival “ syarikat suratkhabar kerana salah satu daripada dua sumber kewangan utama syarikat akhbar iaitu pengiklanan [satu lagi perolehan ialah dari edaran atau jualan suratkhabar] juga sedang berhijrah ke online.

 Para pengiklan telah mula sedar mengenai faedah memindahkan lebih banyak daripada jumlah baget pengiklanan mereka kepada online.

 Online classified seperti Craiglist telah berjaya mengalih perolehan iklan dari suratkhabar yang selama beberapa dekad merupakan periuk nasi syarikat akhbar.

 Rupert Murdoch raja media dalam ucapan beliau kepada The American Society for Newspaper Editors pada April 2005 berkata: “  The threat of losing print advertising dollars to online media is very real. In fact its already happening, particularly in classifieds. …. In the same way we need to be relevant to our readers, the internet allows us to be more granular in advertising, targeting potential consumers based on where they have surfed and what products they have bought. The ability to be more precisely target customers using technology-powered forms of advertising represents a great opportunity for us to maintain and even grow market share and is clearly the future of advertising. ”

Oleh kerana jumlah edaran dan pembaca turut mempengaruhi keputusan pengiklan untuk sama ada mengiklankan product atau perhidmatan mereka, kejatuhan edaran dan pembaca kesan daripada internet juga telah memberi tekanan kepada perolehan banyak suratkhabar.

 Inilah yang telah berlaku terutama di A.S. dan Eropah barat dimana akibat kejatuhan pendapatan dari iklan ada penerbit akhbar yang terpaksa menutup suratkhabar mereka atau hanya menawarkan berita secara online sahaja.

 Ramai pengurus industri media cetak berpendapat bahawa untuk mengatasi kehilangan pendapatan dari iklan dan jualan harian suratkhabar, syarikat suratkhabar tidak ada lain pilihan selain merebut peluang yang ditawarkan oleh online.

Dengan itu banyak suratkhabar telah melancarkan laman web berita mereka sendiri dan ada antaranya telah berjaya menarik pembaca.

Mungkin perolehan dari internet atau online tidak berapa besar, tetapi perolehan dari internet akan mengalami pertumbuhan besar dimasa depan.

 Dalam jangka pendek pertambahan pendapatan iklan internet atau online tidak akan dapat menampung sepenuhnya kejatuhan pendapatan iklan suratkhabar kerana kadar pertumbuhannya yang kecil.

 Umpamanya, pendapatan online keseluruhan suratkhabar A.S. pada tahun 2007 dianggarkan hanya kira-kira 8% hingga 9% sahaja daripada jumlah pendapatan iklan suratkhabar.

 Di Malaysia sher pasaran AdEx internet masih kecil. Sebagai contoh bagi setengah tahun pertama tahun 2009 sher pasaran AdEx internet hanya berjumlah 0.6 % atau RM16.7 juta daripada keseluruhan AdEx media sebanyak RM2.89 bilion berbanding 0.5 % atau RM15 juta daripada RM2.91 bilion dalam tempuh yang sama tahun 2008.

 Nielsen Media Research melaporkan pengiklanan online di Malaysia pada tahun 2008 hanya berjumlah RM33 juta sahaja, tetapi angka ini akan meningkat di masa depan.

 Namun oleh kerana pendapatan dari internet dijangka akan mengalami pertumbuhan yang besar di masa depan, syarikat suratkhabar mahu tidak mahu mesti memberi perhatian kepada media digital.

 Populariti internet di Malaysia telah menyaksikan kemunculan beberapa portal berita dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

 Portal-portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Agenda Daily dan Malaysian Mirror juga memberi kesan kepada suratkhabar sebagai sumber utama berita.

 Selaras dengan trend di merata dunia jumlah pembaca media online kian meningkat di Malaysia. [Malaysiakini menduduki tempat pertama dalam ranking laman web media tempatan dilaporkan berjaya menarik dua juta pelawat setiap bulan. Malaysian In sider kira-kira 800,000 pelawat setiap bulan.]

 Kemunculan internet yang menawarkan saluran alternative mendapatkan berita dan maklumat kepada orangramai terutama golongan muda telah menyebabkan penerbit suratkhabar menyaksikan edaran dan jualan suratkhabar mereka merosot.

 Trend menurun ini juga dialami oleh beberapa suratkhabar tempatan. Contoh Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia dan Berita Harian dan Berita Minggu. [ UM in 2004 : purata 247,000 copies / day and in 2008 declined to purata 198,000 copies while MM declined from 520,000 copies in the years 2001 to 2005 to 458,000 copies last year. BH declined from purata 231,000 copies / day in 2004 to 193,000 copies in 2008 while BM declined from a high of 369,000 copies in 2004 to 297,000 copies last year. ]

 Kenapa Internet atau media Digital begitu popular?

 

Faktor mudah atau convenient.

 Berita hari ini boleh diperolehi hari ini juga, tak perlu tunggu esok hari.

 Interaktif.

 Menawarkan audio dan video.

 Boleh akses secara global.

 Percuma.

 Media tradisional seperti suratkhabar telah hilang kredibiliti dan keyakinan. Justeru orangramai beralih kepada internet.

 Di Malaysia ada anggapan kebanyakan suratkhabar arus perdana punyai talian rapat dengan Kerajaan dan parti dan oleh itu dipandang dengan syak wasangka.

 Pilihanraya Umum 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang perolehi kemenangan mengejutkan di beberapa negeri turut menyumbang kepada peningkaan populariti dan kejayaan beberapa website berita dan blog.

Jelas internet telah bertapak established itself dan akan kekal sebagai satu sumber penting bagi orangramai mendapatkan berita dan maklumat.

 Model Perniagaan Media Online Masih Samar

 Pada hari ini perniagaan media online termasuk di Malaysia masih mencari-cari model perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan dan menentukan ia terus berkekalan.

 Sumber pendapatan media online adalah semata-mata dari pengiklanan.  Kecuali beberapa suratkhabar terkemuka seperti Financial Times Online London dan WallStreet Journal Online New York (specialized financial and economic news) kebanyakan berita online adalah percuma.

 Begitu juga di Malaysia, kecuali Malaysiakini yang mengenakan bayaran, yang lainnya percuma. Kebanyakan bergantung kepada pendapatan iklan yang tidak mencukupi untuk menampung kos operasi.Ada juga menerima tajaan dan sumbangan (donation) dari ahli-ahli atau orangramai.

 Sebagai contoh, Portal berita online The Nut Graph setelah beroperasi selama hampir setahun mengumumkan pada 5 Ogos 2009 kemungkinan operasinya ditutup berikutan penarikan para pelaburnya yang tidak akan meneruskan bantuan kewangannya menjelang Mac 2010.

 Pengasas bersama dan Editornya, Jacqueline Ann Surin dipetik berkata bahawa Portal berita online itu sedang meneliti kemungkinan mendapatkan sumbangan awam dan mengkaji model pendapatan yang lain dalam usaha untuk terus beroperasi.

 Bolehkah Strategi Bayaran Berjaya?

 Memandangkan media online tak boleh bergantung kepada hanya perolehan iklan, apakah kemungkinan besar di masa depan media online mengenakan bayaran bagi mengakses beritanya? Apakah strategi bayaran ini melalui skim langganan atau bayaran bagi setiap artikel boleh berjaya?

 Persoalan besar ialah apakah akan ada jumlah orang yang mencukupi yang bersedia membayar bagi mendapatkan konten online?

 Jawapannya berbeza.

 Ada yang merasakan bahawa bukan mudah untuk memujuk dan meyakinkan orang ramai untuk membayar sesuatu yang mereka telah memperolehinya percuma sejak beberapa tahun lama.

 Ada pandangan bahawa orangramai sanggup membayar bagi konten yang berkualiti. The New York Times, The News Corp dan MediaNews Group sedang mengkaji untuk mengenakan konten online mereka.

 Ketua Pegawai Digital News Corp Jonathan Miller dalam satu persidangan Fortune Brainstorm July 2009 berpendapat bahawa “ journalism will increasingly become a paid model online.”   

 “ We have ample evidence both in traditional and new media that people are willing to pay for quality,. to pay for choice and to pay for convenience, ” kata CEO Disney Robert Iger.

 Barry Diller, Pengerusi dan CEO IAC/Interactive Corp juga menyuarakan pandangan bahawa konten dalam internet “ tidak percuma dan tidak akan menjadi percuma.”

 Walaupun kemungkinan konten berita online akan dikenakan bayaran di masa depan adalah dirasakan perolehan daripada bayaran ini mungkin tidak mencukupi untuk ianya viable dan sustainable.

 Kenapa Suratkhabar mesti memajukan Penerbitan Online?

 Atas dua sebab utama iaitu perubahan tabiat (habits) penggunaan berita dan pendapatan iklan online.

 Pembaca terutama golongan muda kini ramai yang beralih kepada online untuk mendapatkan berita dan maklumat.

Murdoch begitu optimistik mengenai online kerana perubahan tabiat golongan muda menggunakan berita. Dengan perkembangan broadband (jalurlebar) beliau meramalkan peralihan kepada internet akan berlaku dengan lebih pesat (proliferate)

Menurut beliau “ The youth have a different set of expectations about the kind of news they will get, including when and how they will get it, where they will get from, and who will they get it from.”

 Pemilik Microsof Bill Gates dalam satu temuramah dengan Le Figaro (25 Okt. 2005) bila ditanya samada beliau masih membaca suratkhabar menjawab: “ More than half of what I consume, I read on the internet: The wall Street Journal, The New York Times and the Economist. I read all their newspapers online: articles are up-date, there are demonstrations, videos, links etc. When I have a very long article to read I download it on my tablet PC.”

 Ancaman kehilangan perolehan iklan kepada media online adalah satu hakikat jika suratkhabar tidak memajukan penerbitan online mereka.

 Menurut Trend in Newsroom 2006 terbitan The World Editors Forum, peratusan pengiklanan online masih kecil (4-5%) daripada keseluruhan pendapatan suratkhabar, tetapi ia merupakan pasaran pengiklanan yang paling pantas berkembang di dunia dan menjanjikan peningkatan yang berterusan apabila para pengiklan menjadi biasa dengannya. “ Jika suratkhabar melabur dalam trend ini, memikirkan cara paling baik memberikan hasil kepada para pengiklan online, suratkhabar akhirnya akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.”

 Penganalis David Silverman dari Pricewaterhouse Coopers berpendapat: “ Jelas para pengiklan sedar akan faedah mengalihkan lebih banyak daripada perbelanjaan baget iklan mereka kepada online.”

 Menurut E-Commerce: The next wave of internet advertising will be even bigger with the inclusion of  multimedia ads bringing targeted video messages to the internet in droves.”

 Kesimpulan  

Persaingan hebat daripada internet atau media online merupakan antara factor yang menyebabkan banyak akhbar di dunia mengalami penurunan jualan akhbar atau edaran dan pembaca.

 Sudah ada tanda-tanda bahawa para pengiklan kini mula mengalih perbelanjaan iklan mereka kepada internet atau online. Walaupun sher perbelanjaan iklan dalam online masih kecil, namun pasaran iklan internet atau online dijangka mengalami perkembangan pesat di masa depan dan oleh itu suratkhabar tidak boleh mengenepikan penerbitan online.

 Bagaimana dengan Malaysia? Menurut bulletin berita agensi perkhidmatan media Omnicom Media Group “ PDH Pioneering : keluaran Ogos 2009, tidak ada tanda bahawa rakyat Malaysia sedang beralih (shifting) daripada suratkhabar kepada internet. Bertentangan dengan trend global, rakyat Malaysia tidak meninggalkan (giving up) suratkhabar untuk internet. Kadar penggunaan suratkhabar sepanjang tahun 2008 tidak berubah walaupun penggunaan internet meningkat. Ini berdasarkan data dari Nielsen Media Index dari 2006 hingga 2008 yang menunjukkan sementara purata masa yang dihabiskan oleh rakyat Malaysia keatas online telah meningkat 24 % dari tiga jam sehari pada 2006 kepada tiga jam 46 minit pada 2008, purata masa yang diluangkan membaca suratkhabar masih kekal 49 minit dalam tempoh yang sama.

 Oleh itu gembar-gembur bahawa peningkatan populariti media digital telah menjejaskan media tradisional dikalangan muda-mudi Malaysia tidaklah tepat.

*****

A Case for Media Freedom

October 6, 2009 by Mohd Safar Hasim

Cover page

6 Okt. 2009

Dalam Laporan ini terdapat kertas kerja saya bertajuk:

Undang-undang dan Kebebasan Akhbar: Mencari Satu Perimbangan

Ia dibentangkan di satu Bengkel anjuran SUHAKAM pada tahun 2002.

Laporan ini diterbitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada tahun 2003, dan diulang cetak pada tahun 2005.

Terdapat kesukaran untuk memasukkan kertas kerja ini dalam blog kursus ini. Bagaimanapun, saya dapat upload kertas kerja ini dalam SPIN PKP. Sila pergi ke SPIN di www.ukm.my di bawah epembelajaran. Kertas kerja ini terdapat dalam dua bahagian.

Cadangan memindahkan Komunikasi ke Kementerian Penerangan

October 4, 2009 by Mohd Safar Hasim
4 Okt. 2009

 

  Publication : Berita Harian
  Edition :  
  Date : 29/10/2008
  Page Number : 24
  Headline : Mentadbir media lebih telus, bertanggungjawab
  Words : 862
  Byline : Oleh Prof Dr Mohd Safar Hasim
  Text :  
 
MENTERI Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, baru-baru ini menyatakan
kerajaan sedang melihat bagaimana hendak mentadbir media supaya ia lebih
telus dan bertanggungjawab. Oleh itu, beliau ingin berbincang lebih
lanjut mengenai penubuhan sebuah suruhanjaya media untuk menangani hal
ehwal media di negara ini.
  Ahmad Shabery mengulas cadangan saya di Kolokuim AIDCOM di Kuala Lumpur
pada 20 Oktober lalu. Dalam satu syarahan pada 2004, saya pernah
mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Media Malaysia, sebagai kembar kepada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di bawah Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi (KTAK).
  Saya membangkitkan isu ini sekali lagi dalam Kolokium AIDCOM dan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam ucapan dasarnya
turut menyentuh mengenai dasar media nasional dan pembentukan Majlis
Media Nasional.
  Sebenarnya, ada perbezaan dalam cadangan untuk menubuhkan Majlis Media
dan pembentukan Suruhanjaya Media. Pada 2001, Institut Akhbar Malaysia
(IAM) mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menubuhkan Majlis Media
berikutan permintaan kerajaan selepas sekumpulan wartawan mengemukakan
satu memorandum.
  Seperti biasa cadangan seperti itu dikemukakan kepada agensi tertentu,
tetapi tidak sampai kepada kerajaan. Kalangan wartawan tidak bersetuju
dengan cadangan itu kerana mereka melihat Majlis Akhbar sebagai satu
bentuk kawalan.
  Majlis Media Nasional yang diumumkan Syed Hamid dijangka menjadi sebuah
majlis statutori yang diluluskan oleh Parlimen, tetapi ditadbir sebagai
sebuah badan kawal selia sendiri. Majlis Media ini berkemungkinan
diletakkan di bawah IAM.
  Untuk mengelak kekeliruan, biar saya perkembangkan idea Suruhanjaya
Media ini. Di bawah konsep awal, Suruhanjaya Media ini akan mengambilalih
fungsi penyeliaan akhbar dan undang-undang di Kementerian Dalam Negeri
(KDN).
  Suruhanjaya ini akan mentadbir undang-undang akhbar yang diharap dapat
dipinda peruntukan mengenai pelesenan dan permit penerbitan. Suruhanjaya
ini dicadang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai
permulaan selama 10 tahun.
  Selepas itu, ia dikaji semula ke arah kawal selia sendiri. Di bawah
suruhanjaya ini, diwujudkan Majlis Media atau Ombudsman. Di bawah
Suruhanjaya Media ini, syarikat akhbar boleh ditubuhkan dengan lebih
bebas.
  Secara idealnya, semua media termasuk media cetak patut diletakkan di
bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Bagaimanapun, oleh kerana
sejarah, pengawasan akhbar diletakkan di bawah KDN, manakala penyiaran
dan penerangan diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Ini
menjejaskan langkah yang diambil kemudian seperti penubuhan KTAK.
  Pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya dalam Jun 1948 memperlihatkan
pengenalan semula Ordinan Mesin Cetak 1948 (yang pertama kali
diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat pada 1920 dan di negeri Melayu
beberapa tahun kemudian) dan Ordinan Hasutan 1948.
  Akhbar terletak di bawah Ordinan Mesin Cetak. Kedua-dua undang-undang
ini dilihat sebagai undang-undang keselamatan untuk mengawal akhbar
daripada digunakan komunis dan organisasi hadapannya dan dengan demikian
diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
  Pada awal Darurat Malaya, kerajaan menggunakan radio dan filem sebagai
alat propaganda untuk memenangi hati dan fikiran rakyat. Radio, filem dan
penerangan kemudian menjadi jabatan kerajaan.
  Apabila KTAK ditubuhkan, sebahagian daripada kuasa di bawah Kementerian
Penerangan dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
  Pada waktu darurat, adalah berpatutan untuk melihat akhbar sebagai
suatu perkara keselamatan dan diletakkan di bawah KDN, tetapi 60 tahun
sudah berlalu, pemberontakan komunis sudah berakhir dengan termeterai
Perjanjian Damai pada 1989.
  Sepatutnya, wujud perubahan besar melihat akhbar dalam paradigma lama
keselamatan kepada satu paradigma baru bukan keselamatan untuk tujuan
pembangunan negara. Pada masa sama, patut ada semakan terhadap KTAK.
  Jelas sekali, tenaga, air dan komunikasi dilihat sebagai komoditi dalam
membentuk kementerian itu. Komunikasi tidak harus dilihat sebagai
komoditi. Saya percaya komunikasi tidak sesuai diletakkan sama dengan
tenaga dan air. Melihat komunikasi daripada perspektif komoditi
menjejaskan bagaimana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangani
pelbagai aduan mengenai industri penyiaran.
  Pada masa ini, sekurang-kurangnya empat kementerian terbabit dalam
industri media, komunikasi dan personel media iaitu KDN (akhbar),
Kementerian Penerangan (akreditasi akhbar), KTAK (pelesenan multimedia,
syarikat telekomunikasi dan sebagainya), Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Finas dan lain-lain).
  Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan penubuhan sebuah kementerian
khusus untuk menangani media dan komunikasi di negara ini. Kementerian
ini boleh dinamakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kementerian
baru ini patut memasukkan komponen akhbar (termasuk undang-undang) dari
KDN, komponen komunikasi dari KTAK dan komponen penerangan dari
Kementerian Penerangan. Finas dan agensi berkaitan patut dimasukkan juga
di bawah kementerian baru ini.
  Kementerian baru ini akan lebih berupaya untuk menguruskan soal
penerangan dan komunikasi serta mempunyai lebih kefahaman kemanusiaan
(berbanding komoditi).
  Pada masa lalu, ada perbincangan untuk mengkorporatkan Jabatan
Penyiaran. Adalah tidak sesuai untuk meletakkan Jabatan Penyiaran sebagai
pelaksana di bawah kementerian baru ini. Oleh itu, ia patut diasing dan
diwujudkan sebagai sebuah badan seperti BBC.
  Suruhanjaya Media yang dicadangkan lebih awal, dibuat di atas
kepercayaan bahawa penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia adalah
sesuatu yang muktamad. Oleh itu, dicadangkan supaya industri media
mempunyai sebuah suruhanjaya sendiri.
  Dari segi pelaksanaannya, kita tidak perlu melihat jauh kerana
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh dijadikan contoh. Ia adalah
sebuah badan statutori yang mempunyai badan kawal selia sendiri, iaitu
forum kandungan. Jika diwujudkan berasingan, Suruhanjaya Media patut
mempunyai forum kandungannya sendiri.
  Bagaimanapun, adalah satu pilihan yang lebih baik untuk mewujudkan
sebuah Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau sebarang nama lain,
yang komposisinya seperti disebut sebelum ini. Suruhanjaya Media boleh
diserap di dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, manakala
sebahagian daripada fungsi Majlis Media boleh diserapkan di dalam forum
kandungan.
  *Penulis ialah pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
                              (END)

Latihan Tubi 3 Undang-undang Siber

October 3, 2009 by Mohd Safar Hasim

4 Okt. 2009

Peruntukan “tiada tapisan dalam Internet” (Seksye 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mweujudkan dikotomi dalam perundangan di Malaysia: Terdapat kebebasan dalam dunia siber,  kecuali undang-undang kefitnahan dan hasutan dsbnya, tetapi terdapat kawalan dan undang-undang mengenai media (spt Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984). Pada padangan anda apakah impak “tiada tapisan dalam Internet” terdapat amalan kebebasan media di nagara ini, kini?.

Cuba menungkan…