Archive for the ‘Undang-undang Kebebasan Akhbar part 2’ Category

Undang-undang & Kebebasan Akhbar Part 2 Perbincangan

October 28, 2009

Part 2 Undang-undang dan Kebebasan Akhbar: Mencari Satu Pedrimbangan Oleh Prof. Dr. Mohd Safar Hasim

Dalam A Case for Media Freedom: Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media Held On Aug 2, 2002.

Perbincangan Terhadap Peruntukan-Peruntukan yang Membataskan Kebebasan Akhbar

I. AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

pada amnya Akta ini masih relevan khususnya yang berkaitan dengan penerbitan yang tidak diingini. Bagaimanapun, ada beberapa peruntukan lain yang perlu diberi perhatian ke arah menyemaknya atau memansuhnya. Peruntukan-peruntukan itu ialah

  1. Lesen Mesin Cetak
  2. Permit penerbitan
  3. Berita Tidak benar
  4. Keputusan Menteri adalah Muktamad dan Tidak Boleh dirujuk kepada Mahkamah

1. Lesen Mesin Cetak

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, lesen untuk mesin cetak diperkenalkan dalam tahun 1920, yang bertujuan untuk mengawal akhbar melalui mesin cetak. Entah kenapa pada ketika itu dirasakan kawalan terhadap akhbar boleh dibuat dengan berkesan melalui mesin cetak. Perlu juga diingat mesin cetak yang mencetak akhbar berbahasa Inggeris pada ketika itu dikecualikan daripada kuatkuasa undang-undang itu, kerana terdapat bantahan yang kuat daripada akhbar Inggeris yang mempertahankannya atas alasan Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan oleh Kerajaan dan Mahkamah.

Adakah lesen mesin cetak masih diperlukan pada hari ini? Dilihat dari segi amalan demokrasi semata-mata, lesen mesin cetak mungkin tidak perlu kerana is menghalang kepada amalan demokrasi itu. Namun terdapat alasan-alasan yang kuat juga supaya lesen mesin cetak ini masih diperlukan. Misalnya, penggunaan mesin cetak untuk mencetak perkara-perkara yang tidak diingini seperti mencetak wang palsu atau mencetak bahan lucah. Walaupun lesen mesin cetak masih diteruskan, langkah perlu diambil untuk mempastikan supaya pelaksanaannya tidak menyekat amalan demokrasi seperti membataskan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.

Jika diteliti, Akta ini hanya memperuntukkan pemberian lesen kepada mesin cetak yang boleh mencetak 1,000 naskah sejam. Yang ditekankan di sini ialah saiz mesin cetaknya bukan jumlah naskah yang boleh dicetak. Mesin yang mencetak 1,000 naskah dalam masa lima jam diperlukan lessen.

Akta yang ada sekarang sudah tidak menggunakan premis awal apabila Ordinan Mesin Cetak digubal oleh Kerajaan Colonial di Singapura. Adalah mungkin untuk mempertimbangkan supaya lesen untuk mesin cetak dimansuhkan, sebaliknya ia dikeluarkan sebagai lesen perniagaan biasa.

Jika hendak diteruskan amalan pelesenan, pemberian permit harus diberi apabila diminta. Amalan lalu yang terpaksa melalui proses penyiasatan Tatar belakang yang mengambil mass yang lama oleh pihak polis tidak perlu lagi. Lagipun, perniagaan yang ingin menggunakan mesin cetak tentulah tidak akan mengemukakan nama-nama mereka yang latarbelakangnya dikhuatiri. Langkah penyiasatan hales mungkin perlu pads mass lalu kerana sumber maklumat sukar diperolehi. Bagaimanapun, oleh kerana zaman teknologi maklumat kini, maklumat boleh diperolehi dengan lebih mudah. Apa yang penting ialah apa yang dibuat dengan mesin cetak selepas ia dibenarkan ber alan. Pengumpulan data boleh dibuat selepas ia diluluskan. Pemberian lesen yang lebih mudah akan menolong industri percetakan di negara ini.

  1. Permit Penerbitan

Adakah peruntukan permit penerbitan yang diperkenalkan dalam tahun 1939 masih relevan dalam era teknologi maklumat kini, di mana maklumat atau penerbitan akhbar boleh disalurkan melalui Internet tanpa keperluan permit?

Berdasarkan perkembangan teknologi adalah dirasakan bahawa peruntukan permit penerbitan sudah tidak begitu relevan lagi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna sebarang penerbitan boleh diterbitkan di Negara ini. Penerbitan-penerbitan yang bercanggah dengan morality masyarakat, seperti penerbitan lucah tidak harus dibenarkan. Untuk tujuan ini Akta Mesin Cetak dan Penerbitan masih perlu dikekalkan, mengekalkan khususnya bahagian penerbitan yang tidak diingini.

  1. 3.      Berita Tidak Benar

Peruntukan mengenai berita tidak benar diwujudkan dalam pindaan yang dibuat dalam tahun 1987. Setakat ini empat orang telah diambil tindakan, seorang daripadanya didapati bersalah dan. dihukum. Dilihat daripada kes-kes tersebut, tindakan di bawah peruntukan Seksyen 8A hanya diambil terhadap perkara-perkara yang dianggap sensitive dan boleh menggugat orang ramai.

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media

  1. 4.         Keputusan Menteri Adalah Muktamad

Peruntukan ini yang dimaktubkan dalam Seksyen 13A adalah sate peruntukan bare yang dimasukkan melalui pindaan pada tahun 1987. Pindaan ini tidak membolehkan sebarang tindakan Menteri mengenai Akta ini khususnya berkaitan dengan penolakan permohonan, penggantungan permit dan sebagainya dibawa ke mana-mana Mahkamah. Peruntukan ini membawa maksud tidak ada semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri.

Peruntukan ini dimasukkan selepas Aliran mencabar Kerajaan kerana tidak memberinya permit penerbitan untuk menerbitkan Bulanan Aliran dalam Bahasa Melayu. Adalah dirasakan bahawa peruntukan ini patut disemak semula daripada melarang semakan kehakiman (judicial review) kepada membolehkan semakan kehakiman diperuntukkan di dalam Akta.

H. AKTA RAHSIA RASMI

Pada amnya, Akta Rahsia Rasmi masih perlu dan revelan. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus diteliti ke arah mengkemaskini Akta ini, seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  1. 1.      Takrif Kerahsiaan

Pada masa ini takrif rahsia adalah tidak begitu jelas. Oleh yang demikian langkah perlu diambil supaya takrifnya dibuat dengan lebih jelas lagi.

  1. 2.      Tempoh Luput Kerahsiaan Automatik

Langkah juga perlu dibuat supaya tempoh luput kerahsiaan sesuatu dokumen atau maklumat harus diwujudkan. Pada masa ini tempoh luput kerahsiaan, misalnya 25 tahun, 50 tahun, 100 tahun, sebagaimana yang diamalkan di setengah-tengah Negara lain, seperti United Kingdom, tidak diamalkan di sini.

  1. 3.      Hukuman Penjara Minimum

Pada masa ini Akta ini memperuntukkan hukuman penjara minimum sate tahun jika disabitkan kesalahan. Adalah dicadangkan supaya peruntukan ini disemak semula ke arah menghaouskannya, dan mengembalikan budibicara hukuman kepada hakim bicara.

  1. AKTA FITNAH

Akta ini bertujuan untuk melindungi reputasi seseorang. Bagaimanapun, sebagaimana yang kits dapat lihat beberapa kes yang dibawa ke Mahkamah sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh membantutkan perkembangan kebebasan akhbar di Negara ini. Gantirosak yang dianugerahkan ‘ oleh Mahkamah yang terbesarnya meningkat hingga RM10 juta telah menggalakkan beberapa pihak untuk menuntut gantirosak yang ber umlah berjuta-juta ringgit. Sudah sampai masanya peranan wartawan diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam hal ini Mahkamah juga mempunyai peranan penting. Komen yang dibuat oleh wartawan yang melibatkan seseorang individu harus dilihat dalam konteks tertentu. Pada masa ini pemberat diberi kepada sejauh mana orang itu terkenal: lebih terkenal lebih besarlah anugerah gantirosak yang diperolehinya. Ujian yang harus dipakai ialah ujian public figure.

Jika seseorang itu public figure, mukanya harus lebih tebal. Dia tidak seharusnya mengambil tindakan saman fitnah dengan sewenang-wenang, dan jika dianugerahkan gantirosak, anugerahnya hendaklah nominal saja. Akta fitnah sepatutnya dilihat sebagai memberi perlindungan kepada private citizen, bukan public figure, seperti tokoh korporat atau ahli politik yang sememangnya terdedah kepada publisiti, baik maupun buruk.

IV.  PENGHINAAN MAHKAMAH

Wartawan terdedah kepada Penghinaan Mahkamah di luar Mahkamah melalui laporan ataupun komen terhadap sesuatu kes. Walaupun terdapat perlindungan bersyarat dalam melaporkan berita Mahkamah, wartawan tetap terdedah kepada kemungkinan diambil tindakan kerana menghina Mahkamah.

Tidak lama dahulu ada cadangan daripada beberapa pihak untuk mewujudkan Akta Penghinaan Mahkamah, sebagaimana yang ada di United Kingdom dan India. Jika Akta sedemikian diwujudkan adalah disarankan supaya diberi perlindungan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Kertas ini telah menghuraikan latarbelakang beberapa undang-undang yang khusus membabitkan akhbar. la juga mengenalpasti beberapa peruntukan di dalam Akta tertentu yang dirasakan harus disemak semula atau dipinda untuk menjadikan is lebih sesuai pads masa sekarang. Kertas ini merasakan undang-undang yang ada tidak perlu

 

dimansuhkan kerana terdapat unsur-unsur yang masih perlu dan relevan. Bagaimanapun, adalah dicadangkan beberapa peruntukan yang dirasakan tidak relevan lagi haruslah dipinda atau dimansuh.

Daripada perbincangan di atas dapat dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media

memperuntukkan mengenai kebebasan bersuara dan ini merangkumi kebebasan akhbar. Bagaimanapun, kebebasan bersuara ini adalah tertakluk kepada sekatan dan batasan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga undang-undang.

Soalan yang perlu ditanya ialah: Adakah dengan adanya sekatan dan batasan ini, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini tidak wujud?

Sebagaimana yang dibincangkan di atas dan kes-kes yang ditunjukkan, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar secara mutlak sememangnya tidak wujud. Bagaimanapun, adakah kebebasan secara mutlak ini baik untuk negara? Sebagaimana yang dapat dilihat daripada kes-kes yang dikemukakan, tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar batasan undang-undang ini adalah wajar.

Bayangkan apa akan berlaku jika negara tiada undang-undang berkaitan dengan rahsia rasmi. Sesesiapa saja dengan sewenang-wenang boleh membocorkan rahsia negara tanpa takut. Akan kucar-kacirlah negara jika ini dibenarkan berlaku. Apa yang perlu ialah kawalan terhadap batasan ini, supaya tindakan hanya diambil terhadap mereka yang membocorkan rahsia yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Apa yang wartawan takutkan ialah tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia yang berkaitan dengan tindakan rasuah pihak-pihak tertentu boleh disalahertikan.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Kefitnahan.

Sayugia diingat bahawa fitnah adalah sesuatu tindakan terhadap individu dan ini menjejaskan reputasinya. Jika kebebasan bersuara digunakan secara sewenang-wenang, tentulah buruk padahnya. Orang akan merasa terancam kerana mereka mungkin terdedah kepada ancaman fitnah. Bagaimanapun, mereka yang patut mendapatkan perlindungan sebenarnya adalah warganegara biasa dan bukan public figure. Untuk tujuan ini perlindungan yang lebih diberikan kepada akhbar di bawah Akta Fitnah. Perlindungan yang diberikan kepada akhbar di bawah Penghinaan Mahkamah perlu diperkemaskan lagi.

Kesimpulannya, beberapa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang adalah wajar walaupun ada pihak tidak menyetujuinya. Pada nada yang sama ada juga peruntukan yang perlu disemak semula. Dalam melaksanakan semua ini apa, yang penting diberi perhatian ialah keselamatan dan kestabilan Negara. Demokrasi tidak bermakna lagi jika Negara ini kacau-bilau dan pemerintahan tidak dapat mengawal keadaan. Apakah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar bermakna lagi setelah negara negara menjadi kucar-kacir? Adakah hanya pads ketika itu orang akan menghargai keselamatan dan kestabilan negara ini?

Kerajaan di bawah konsep semangat keperlembagaan perlu disekat dan dihadkan kuasanya, begitu juga akhbar. la tidak boleh mempunyai kebebasan mutlak; kebebasan akhbar bermakna kebebasan dalarn ruang lingkup undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam anabsis terakhir, Kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihnya, kerana kedaulatan terletak kepada rakyat.

Rujukan

Mohd Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuala: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang media dan siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors.

S.A. De Smith.1962. Constitutionalism in the Commonwealth Today. Vol. 4 Mal LR 205.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10.

Akta Hasutan 1948.

Akta Rahsia Rasmi 1972.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Akta Kefitnahan 1957.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.