Industri Media, Komunikasi & Telekomunikasi

2.

 Apakah yang dimaksudkan dengan industri media, komunikasi dan telekomunikasi?

Industri media terdiri dari induatri media cetak dan  industri penyiaran (tv dan radio). Manakala industri periklanan boleh dianggap sebagai industri komunikasi. Industri telekomunikasi pula terdiri daripada industri yang membekalkan perhidmatan telefoni, sama ada telefon fixed-line atau telefon mobile.  Berdasarkan teknologi konvergens kita kini  dapat mencapai internet. Media dan komunikasi memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara.

Kuliah ini menghuraikan mengenai perkembangan industri telekomunikasi,  dan ICT dan konvergens secara menyeluruh.

Industri tertua di negara ini ialah industri akhbar. Ia bermula dari tahun 1806 dengan terbitnya akhbar The Government Gazette di Pulau Pinang. Industri penyiaran adalah industri kedua yang bermula mulai 1930’an secara kecil-kecilan. In diikuti oleh TV dalam tahun 1963 (tv hitam putih) dan tv warna tahun 1979. Seterusnya, mulai tahun 1990’an Malaysia memasuki era internet. Seiring dengan perkembangan ini wujud undang-undang yang berkaitan dengan industri berkenaan.

Industri akhbar yang bermula dengan pemilikan swasta kekal dalam pemilikan swasta. Manakala industri penyiaran pada awalnya dimilik swasta tetapi kemudian diambilalih oleh kerajaan. Ini berlaku kerana industri ini berlainan daripada industri akhbar. Di mana-mana pun di dunia ini industri penyiaran sama ada dimiliki  oleh kerajaan atau/dan dimilik oleh swasta.

Internet atau media baru tidak dimiliki oleh sesiapa tetapi diguna oleh ramai pihak. Bagaimanapun, kerajaan mewujudkan undang-undang untuk menguruskan kegiatannya.

ICT kini sudah berkembang begitu rupa hingga telefon yang dulunya hanya untuk bercakap sekarang ini sudah menjadi alat komunikasi yang cukup penting. Misalnya, urusan bank juga boleh menggunakan telefon mudahalih.

Bayangkan apahkah yang terjadi kepada dunia ini jika tidak ada alat-alat komunikasi ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: