Pengenalan

Kursus ini mengandungi tiga komponen iaitu Industri Komunikasi, Dasar dan Undang-undang. Di akhir kursus ini para pelajar diharap dapat bukan saja memahami ketiga-tiga komponen ini tetapi juga hubungkait antara ketiga-tiga komponen itu.

Sebelum membincangkan ketiga-tiga komponen itu adalah perlu untuk memahami dan menghanyati falsafah negara, dasar dan undang-undang dan bagaimana dasar-dasar ini memberi impak kepada ekonomi dan pembangunan industri berkaitan media, komunikasi dan telekomunikasi. Antara yang perlu difahami  ialah Perlembagaan Malaysia, Rukunegara, Wawasan 2020, konsep  Pendekatan Islam Hadhari dan konsep 1Malaysia.

Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi Malaysia. Ia meletakkan dasar pemerintahan negara ini. Jika Perlembagaan ini diandaikan sebagai sebuah fountain, dari Perlembagaan inilah lahir dasar dan undang-undang yang diamalkan negara ini. Intipati Perlembagaan Malaysia dirumuskan dalam Rukunegara. Perlembagaan inilah yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan Raja Berperembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Dari semasa-ke semasa dasar-dasar baru diperkenalkan sebagai landasan pembangunan negara. Antaranya Wawasan 2020, Pendekatan Islam Hadhari dan Konsep 1Malaysia. Kesemua dasar ini masih di dalam lingkungan Perlembagaan Negara yang menjadi tunjang kepada negara ini.

Ada pelbagai dasar diwujudkan yang menjurus kepada aspek-aspek tertentu. Misalnya dasar pembangunan negara, dasar keselamatan, dan dasar komunikasi.  Berdasarkan dasar komunikasi ini wujud dasar penapisan, dasar penerbitan dan sebagainya.

Dasar-dasar ini wujud sama ada secara bertulis atau tidak bertulis. Ada dasar yang dibentuk khas dan bertulis seperti Dasar Perfileman Negara. Bagaimanapun, ada dasar yang tidak bertulis seperti dasar komunikasi negara. Dasar ini lahir  dalam bentuk ucapan pemipin negara seperti menteri atau Perdana Menteri. Dasar juga terpancar dalam undang-undang yang diwujudkan untuk menangani sesuatu perkara tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: