Undang-undang Rahsia Rasmi & Undang-undang Fitnah

Undang-undang Rahsia Rasmi & Undang-undang Kefitnahan

 Ringkasan

 Kuliah ini membincangkan dua undang-undang iaitu Undang-undang Rahsia Rasmi, dan Undang Kefitnahan.

  1. i.                                Undang-undang Rahsia Rasmi

 Tujuan utama Undang-undang Rahsia Rasmi ialah untuk melindungi rahsia rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. Rahsia rasmi dikategirikan kepada empat kategori iaitu “rahsia besar”, “rahsia”, “sulit”, “terhad”.

 Di bawah undang-undang ini orang-orang tertentu diberi kuasa untuk mengkelaskan sesuatu dokumen sebagai rahsia. Mereka ialah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 2B undang-undang itu.

 Undang-undang ini juga memperuntukkan apa yang dianggap sebagai kesalahan dan juga memperuntukkan hukuman bagi pelanggaran kesalahan tersebut.

 Sebagai latar belakang, Undang-undang rahsia Rasmi bermula di Straits Settlements yang menggunakan Undang-undang Rahsia Rasmi United Kingdom tahun 1911 dan tahun 1920. Straits Settlements sendiri menggubal undang-undang pada tahun 1935. Undang-undang inilah seterusnya digunakan selepas Perang Dunia Kedua (Sila baca  buku Akhbar dan Kuasa untuk mendapatkan latar belakang yang lengkap).

 Pada amnya, undang-undang ini melarang orang yang tidak dibenarkan (unauthorised person) untuk memiliki, menyimpan, mengedar atau memaklumkan kepada orang ramai sebarang rahsia kerajaan. Mereka yang berbuat demikian adalah melanggar peruntukan undang-undang ini dan boleh dihukum.

 Undang-undang ini dipinda dalam tahun 1987 selepas dua orang wartawan mengaku bersalah dan dihukum denda. Kerajaan telah meminda hukuman denda itu dan menjadikan hukuman penjara minimum satu tahun jika disabitkan kesalahan. Sebelum tahun 1987, Hakim mempunyai budibicara sama ada mengenakan hukuman denda atau penjara.

 Terdapat beberapa kes mahkamah berhubung Undang-undang Rahsia Rasmi ini. Kes yang sering disebut ialah Kes Lim Kit Siang. Lim Kit Siang, sebagai seorang ahli Parlimen telah mendapat melalui pos dokumen kontrak pembelian kapal laju (fast strike craft) Tentera Laut Diraja Malaysia. Lim Kit Siang telah mendedahkan bahan dokumen itu dan mengadakan sidang akhbar mengenainya (Sila baca perincian kes ini dalam buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber.

 Dua orang wartawan iaitu Sabry Sharif dari New Straits Times dan James Clad dari Far Eastern Economic review secara berasingan telah menyiarkan apa yang disifatkan oleh pihak kerajaan sebagai melanggar Akta Rahsia Rasmi (Sila lihat butiran kes ini dalam buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).

 Bagi para wartawan, undang-undang Rahsia Rasmi boleh menjejaskan tugas mereka sebagai wartawan.  Ini kerana takrif rahsia adalah sangat luas dan samar. Walaupun diberi kategori tidak siapa tahu dengan jelas dokumen apa yang dirahsiakan. Hukuman minimum satu tahun penjara juga menakutkan ramai pihak.

 Oleh itu para wartawan telah meminta Suhakam supaya memansuhkan peruntukan penjara minimum ini kerana ia boleh menggugat tugas mereka dan juga mengadakan peruntukan yang lebih jelas tentang kerahsiaan. Satu bengkel yang dianjurkan oleh Suhakam telah memutuskan memohon kerajaan supaya berbuat demikian. Namun, setakat ini tiada langkah diambil untuk memansuhkannya.

  1. ii.                  Undang-undang Fitnah

 Terdapat dua undang-undang kefitnahan, iaitu kefitnahan jenayah dan kefitnahan sivil. Kesalahan berkaitan kefitnahan jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan (AKTA574), manakalan kesalahan berkaitan kefitnahan sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan. Kulian ini seterusnya membincangkan mengenai Akta Kefitnahan.

 Tujuan Undang-undang Kefitnahan ialah untuk memberi  perlindungan kepada  seseorang atau perniagaan atau sebagainya daripada sesuatu yang boleh mencemarkan dan yang boleh menyebabkan masyarakat yang berfikiran waras untuk menghindarkan diri mereka  daripada orang itu.

 Terdapat dua bentuk kefitnahan iaitu kefitnahan  libel dan kefitnhan slander. Kefitnahan libel ialah kefitnahan dalam bentuk kekal dan fitnahan slander adalah kefitnahan dalam bentuk tidak kekal. Siaran tv dan radio dianggap sebagai fitnah kekal.

 Keperluan penting berkaitan kefitnahan

  1. Perkataan hendaklah berbentuk fitnah dari segi makna semulajadi natural dan biasa, atau innuendo (kiasan), Perkataan lucah sahaja tidak boleh dianggap fitnah.
  2. Seseorang yang waras patut menganggap perkataan itu sebagai fitnah.
  3. Ia mesti ada niat untuk menerbitkannya.
  4. Perkataan yang dituju itu merujuk kepada plaintif sama ada secara terus atau secara innuendo. (Nama seseorang itu tidak perlu disebutkan.)
  5. Ia mesti diterbitkan kepada orang ketiga.
  6. Tidak mengetahui perkataan yang digunakan sebagai fitnah tidak menjadi hal. Begitu juga mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain masih tertakluk kepada fitnah (Wartawan terdedah kepada keadaan ini).

 PEMBELAAN

 Terdapat empat pembelaan di bawah Akta Kefitnahan,iaitu:

  1. Kefitnahan yang tidak disengajakan (s7).

Jika penerbitan dibuat tanpa disengajakan dan secara innocent (polos).

  1. Justifikasi atau kebenaran (s8).

Pembelaan justifikasi mestilah berlandaskan fakta dan mestilah benar.

  1. Komen berpatutan (s9).

Pembelaan di bawah Komen berpatutuan mestilah merupakan komen yang berlandaskan fakta benar. Jika pandangan yang dibuat tidak berasaskan fakta benar ia buklan satu pembelaan di bawah pembelaan ini. 

  1. Keistimewaan (s11).

 Terdapat dua jenis keistimewaan, iaitu keistimewaan mutlak dan keistimewaan bersyarat.

 Sila baca huraian terperinci dalam buku Mengenali Undang-Undang Media dan Siber.

 Terdapat banyak kes mahkamah yang membicarakan mengenai kefitnahan ini. Dari satu segi ia menunjukkan bahawa manusia amat mengambil berat tentang reputasi mereka.

 Sila baca masing-masing satu  kes berkaitan pembelaan justifikasi, pembelaan komen adil, pembelaan keistimewaan bersyarat, pembelaan kemaafan dan pembelaan penerbitan innocent.

 Undang-undang Rahsia Rasmi member kesan kepada kebebasan akhbar kerana para wartawan mendapati sukar untuk membezakan sama ada sesuatu maklumat itu rahsia atau pun tidak. Mungkin khuatir dipenjarakan kerasa kesalahan melanggar undang-undang rahsia rasmi, para wartawan meninggalkan berita yang penting. Oleh itu terdapat desakan supaya kerajaan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act).

 Undang-undang kefitnahan juga boleh menjejaskan cara melaporkan berita. Bagaimanapun, in imenjadikan wartawan lebih berhati jika tidak akhbar mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Tetapi undang-undang kefitnahan juga harus dilihat dari seri melindungi  individu daripada tercemar reputasi mereka.

 Rujukan

  1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors.

 

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: