Teka & Cerita Mengenai Bendera

13 Sept 2009

Di bawah ini ada tiga bendera.  Bendera ini ada ceritanya sendiri. Ceritakan mengenai ketiga-tiga bendera ini dalam tiga atau empat  ayat. Jawapan yang paling tepat atau hampir tepat akan diberi hadiah buku seperti yang disenaraikan selepas imej bendera.

Tempoh penyertaan ialah hingga   18 Sept. 2009. Pertandingan ini terbuka hanya kepada pelajar Kursus SKKP3053 Program PJJ Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bendera 1

Bendera 1

 

 

 

 

 

Bendera 2

Bendera 2

Bendera 3

Bendera 3

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hadiah buku:
Buku-buku berikut akan dijadikan hadiah.
Hadiah Pertama
1. Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806 oleh Mohd Safar Hasim, Penerbit UM, 1996, atau
2. Industri Komunikasi di Malaysia, Editor Samsudin A Rahim dan Mohd Safar Hasim, Penerbit FSSK, 2007
 
Hadiah Kedua
1. Akhbar di Malaysia oleh Mohd Safar Hasim, Penerbit UKM, 2004  (Buku Syarahan Profesor yg disampaikan pada 2004), atau
2. Mahathir dan Akhbar oleh Mohd Safar Hasim, Utusan Publications and Distributors,  1996.
 
Hadiah Ketiga
1. Pengaliran Berita Antarabangsa  di Malaysia oleh Mohd Safar Hasim, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, atau
2. Mass Media and National Development: Experiences of Malaysia and Uzbekistan, Editor Mohd Safar Hasim, Samsudin A. Rahim and Bobir Tukhtabayev. International Centre for Media Studies, Kuala Lumpur. 1998.
 
Penyertaan
1. Pelajar boleh menyertai “teka dan menang” ini dengan memasukkannya di dalam ruangan komen blog. Sertakan nama dan Nombor matrik peserta.
2. Tidak ada had penyertaan. Bagaimanapun fikirkan dahulu sebelum membuat penyertaan seterusnya.
3. Pemenang akan ditentukan berdasarkan siapa dahulu memberi jawapan yang betul atau hampir tepat.
4. Imej buku yang akan dihadiahkan akan dimasukkan dalam blog ini secepat mungkin.
 
Mohd Safar Hasim

2 Responses to “Teka & Cerita Mengenai Bendera”

  1. azanariah ahmad Says:

    Tiga bendera tersebut merupakan tiga rekabentuk bendera yang terpilih ke peringkat akhir Pertandingan Peringkat Kebangsaan untuk memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949.

    Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.

    Majlis Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

    AZANARIAH AHMAD
    G75732

  2. ROSLAN RUSLY Says:

    SEJARAH BENDERA MALAYSIA

    Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

    Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

    Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

    Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

    Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

    Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara.

    Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

    ROSLAN BIN RUSLY
    G75713

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: