Penghinaan Mahkamah & ISA

18 Sept. 2009

Penghinaan Mahkamah dan ISA

Ringkasan

Tujuan utama undang-undang ini ialah untuk menjaga martabat  dan maruah Mahkamah sebagai sebuah institusi keadilan.

Penghinaan mahkamah ditakrifkan sebagai satu perbuatan sama ada mengingkari perintah mahkamah atau membuat perkara-perkara yang keji terhadap mahkamah (Salleh Abbas, 1997).

Manakala L.C.J McNae (1990) pula menyatakan penghinaan mahkamah bermaksud melanggar tatasusila mahkamah, membantah sesuatu tindakan yang bertujuan untuk menimbulkan prasangka terhadap sesuatu perbicaraan yang adil.

Ini bermakna sesiapa saja boleh terlibat dengan penghinaan mahkamah, bukan saja khusus kepada wartawan yang membuat liputan mahkamah.

Perkara 126 Perlembagaan Malaysia memberi  kuasa yang jelas kepada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menghukum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya.

Penghinaan mahkamah terbahagi kepada dua iaitu penghinaan jenayah dan penghinaan sivil.

Penghinaan Jenayah

Penghinaan jenayah  adalah berkaitan dengan kelakuan keji terhadap hakim, berkelakuan biadap, mengganggu para saksi dan pegawai mahkamah dan menulis penerbitan yang menjatuhkan maruah mahkamah (Salleh Abbas, 1997). Hukuman dan denda bagi sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini adalah berdasarkan kes dan kuasa seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Penghinaan Sivil

Penghinaan Sivil berkait terus dengan arahan mahkamah. Kegagalan untuk mematuhi arahan dan perintah mahkamah seperti gagal untuk menghadirkan diri di mahkamah dengan sengaja, kegagalan mematuhi penghakiman atau proses mahkamah lain dan tindakan tidak mematuhi sepina (perintah untuk menghadirkan diri di mahkamah bagi memberi keterangan). Kegagalan untuk hadir bagi member keterangan boleh dikenakan hukuman penjara.

Kategori Kesalahan

Penghinaan Mahkamah boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

  1. Penghinaan In-facie
  2. Penghinaan ex-facie

Penghinaan in-facie ialah penghinaan yang berlaku dalam mahkamah, manakala penghinaan ex-facie ialah penghinaan yang berlaku di luar mahkamah tetapi bertujuan untuk melemahkan pelaksanaan pentadbiran keadilan (Kamal Halili, 1990).

Hukuman kerana penghinaan in-facie bertujuan untuk menjamin perbicaraan berjalan dalam keadaan yang baik dan tenang.

Penghinaan ex-facie dilakukan di luar premis mahkamah tetapi kesannya berupaya menghalang menghalang perjalanan keadilan. Penghinaan bentuk ini kerap dilakukan oleh media massa jika dibandingkan dengan penghinaan mahkamah in-facie. Kesalahan bentuk ini tidak semestinya dilakukan dalam bentuk tulisan saja, tetapi boleh dilakukan juga dalam bentuk perlakuan yang lain, misalnya menghasut seseorang atau khalayak supaya mereka membenci badan kehakiman hingga boleh menjatuhkan nama baik badan tersebut (Kamal Halili, 1990).

Ada tiga kategori penghinaan ex-facie, iaitu:

  1. Penerbitan yang cuba mempengaruhi orang ramai ketika prosiding sub judice (sedang berjalan).
  2. Menghalang keadilan melalui penerbitan, atau
  3. Penerbitan yang merosakkan nama baik mahkamah.

Sila baca kes Chandra Sri Ram lwn Murray Hiebert, dan kes Zainur Zakaria.

Rujukan

  1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang media dan Siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors.

 

 

 

Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)

 

Akta Keselamatan dalam Negeri adalah suatu undang-undang pencegahan, iaitu bertujuan mencegah sesuatu kejadian yang boleh mengancam keselamatan dalam negeri.

 Akta ini mempunyai asal usul daripada Darurat Malaya mulai tahun 1948 iaitu apabila Parti komunis Malaya melancarkan pemberontakan terhadap Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu adalah di bawah kerajaan kolonial Inggeris.

 Semasa darurat itu banyak peraturan darurat dikeluarkan dari semasa kesemasa. Selepas ancaman komunis sudah berkurangan, dan selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, kerajaan ingin menamatkan Darurat yang berjalan selama 12 tahun itu. Tetapi persediaan patut dibuat supaya kejadian yang sama tidak berulang dan itulah sebabnya undang-undang itu digubal pada tahun 1960.

 Pada amnya mukaddimah Akta ini menyatakan bahawa Akta itu bertujuan mencegah jenayah berancang seperti tindakan komunis itu.

 Akta ini bukan bertujuan semata-mata terhadap komunis.

 Antara peruntukan undang-undang ini ialah tahanan pencegahan. Tahanan pencegahan bermaksud sesiapa yang diambil tindakan di bawah akta ini boleh ditahan selama dua tahun tanpa bicara. Sebelum itu seseorang boleh ditanah untuk siasatan selama 60 hari di bawah tanah polis. Apabila polis mendapati orang yang ditahan itu patut terus ditanah, pihak polis akan mengesyorkan kepada Menteri Dalam Negeri supaya ditahan seterusnya. Hanya Menteri yang boleh mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun.

 Terdapat mekanisma pengampunan di bawah akta ini. Lazimnya, sebelum tempoh dua tahun tamat badan pengampunan akan bersidang untuk mengkaji sesuatu kes, sama ada ia perlu ditahan seterusnya selama dua tahun lagi atau dilepaskan.

Seseorang tahanan polis boleh mengemukakan writ Habeas Corpus di makhamah meminta kerajaan menunjukkan kenapa ia  ditahan dan jika tidak ia perlu dibebaskan. Sumber ini sering digunakan oleh mereka yang ditahan 

Akta ini memperuntukkan mengenai penerbitan subversif iaitu dari Seksyen 22 hingga 31. Pada amnya ia menjelaskan tidak sesiapapun boleh memiliki, mengedar, mengimport penerbitan subversive. Ia juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan sama ada denda atau penjara, atau kedua-duanya.

 Beberapa orang wartawan pernah ditahan di bawah ISA iaitu seorang wartawan Watan, dan pemilik akhbar itu Dato’ Aziz Ahmad, Tan Sri Samad Ismail,  dan Samani Mohd Amin. Wartawan Watan itu ditahan kerana menulis beberapa aktikel yang member gambaran positif kepada Komunis (ditulis selepas kembali dari lawatan ke Soviet Union).

 Rujukan

  1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: