Teori & Sistem

28 Sept. 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan teori akhbar/media dan sistem akhbar/media?

 What is meant by press/media theories and press/media systems?

(Panduan: untuk menjawab soalan ini sdra/sdri perlu mengetahui terlebih dahulu apa itu teori dan apa itu sistem).

Anggaplah ini sebagai satu latihan tubi. Jawablah secara ringkas dalam ruangan komen.

Mohd Safar Hasim

10 Responses to “Teori & Sistem”

  1. Mohammad Adnan Iqbal @ Ananthan Says:

    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Apa yang saya komen ini berdasarkan pengetahuan dan juga rujukan daripada buku-buku yang berkaitan tentang media. Sekirannya salah harap dibetulkan..hihihi…..Sebelum kita mengenali teori media dan sistem media kita perlu faham apakah itu teori dan sistem. Teori ialah satu pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana atau manusia untuk menerangkan sesuatu perkara. Secara umumnya teori merupakan analisis hubungan fakta dengan sesautu fakta yang lain. Manusia membangunkan teori untuk menjelaskan, meramalkan dan menguasai fenomena tertentu. Manakala sistem ialah cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu perkara. Secara umumnya sistem terdiri daripada elemen-elemen tertentu yang saling berhubung antara satu sama lain.

    Teori Media

    Apabila kita membincangkan teori media secara langsung kita mengingati dua(2) tokoh atau sarjana yang penting. Mereka adalah Siebert et.al dan juga McQuail. Siebert et.al memperkenalkan empat(4) teori media iaitu Teori Autotitarian, Teori Media Bebas, Teori Tanggungjawab Sosial dan juga Teori Media Soviet/Komunis. McQuail pula memperkenalkan dua (2) teori media iaitu Teori Media Negara Membangun dan Teori Media Penyertaan Demokrasi.

    Teori Autotitarian. Mengikut teori ini media atau akhbar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kuasa pemerintah atau mengacau susunan yang sedia ada dalam negara. Selain itu, media juga hendaklah menjadi subordinat kepada kuasa pemerintah. Media juga harus menggelakkan dirinya dari menggugat kedudukan kerajaan dan tapisan dibenarkan untuk menguatkuasakan prinsip-prinsip ini. Selain itu, mengikut teori ini serangan terhadap kerajaan merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh mengambil tindakan. Tambahan pula, teori ini mengatakan petugas media tidak mempunyai kebebasan dalam organisasi media.

    Teori Media Bebas. Teori ini pula mengatakan penerbitan haruslah bebas dari sebarang bentuk penapisan dan sebarang aktiviti penerbitan hendaklah terbuka tanpa sebarang permit atau lessen.
    Serangan terhadap kerajaan atau sesiapa sahaja tidak harus dihukum walaupun selepas kejadian itu. Namun perkara yang menggugat keselamatan negara adalah dikecualikan. Mengikut teori ini tidak harus ada sebarang tekanan supaya sesuatu itu tidak diterbitkan dan penerbitan ralat mesti diperjuangkan sama dengan soal kebenaran khususnya berhubung dengan soal pendapat dan kepercayaan. Selain itu, tidak ada sebarang halangan untuk mengekspot atau mengimpot berita yang melampaui sempadan negara. Tambahan pula, wartawan haruslah mempunyai autonomi professional.

    Teori Tanggungjawab Sosial. Menurut teori ini media harus menerima dan melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tanggungjawab ini hendaklah dipenuhi dengan menetapkan piawai profesional yang tinggi. Selain itu, media haruslah bersifat mengawal diri sendiri dalam rangka rujuk undang-undang. Media juga haruslah mengelakkan apa yang mendorong ke arah jenayah keganasan atau ketenteraman awam yang menimbulkan rasa tidak senang hati dan perlu bersifat majmuk dan mencerminkan kepelbagaian pandangan dalam masyarakat. Media hendaklah bertindak demi kepentingan awam. Seterusnya petugas media harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada masyarakat begitu juga majikan dan pasaran.

    Teori Media Soviet/Komunis. Mengikut teori ini media haruslah memenuhi kepentingan kelas pekerja. Media juga tidak boleh dimiliki secara swasta dan perlu memenuhi fungsi positif untuk masyarakat. Media juga harus bertindak balas terhadap keperluan dan permintaan masyarakat. Masyarakat mempunyai hak menapis, menentukan kaedah undang-undang untuk menahan atau menghukum penerbitan yang bersifat anti kerajaan. Selain itu, media harus memberi sudut pandangan menerusi prinsip marx dan lenin. Selain itu, perlu menyokong pergerakan progresif di dalam dan di luar negara. Petugas media juga bertanggungjawab mendokong matlamat dan ciri unggul fahaman sosialis dan komunis.

    Teori Media Negara Membangun. Teori ini mengatakan media hendaklah menerima dan melaksanakan tugas pembangunan positif sejajar dengan dasar kebangsaan yang ditubuhkan. Kebebasan media hendaklah terbuka kepada pengawalan berdasarkan kepentingan ekonomi dan keperluan masyarakat. Selain itu, media memberikan keutamaan dari segi kandungan kepada budaya, bahasa nasional, berita dan maklumat yang berhubung dengan negara membangun lain.
    Petugas media mempunyai tanggungjawab selaras dengan kebebasan mengumpulkan maklumat dan tugasan mengagihkannya. Demi kepentingan pembangunan negara mempunyai hak untuk campurtangan dan mengawal operasi media, termasuk kaedah penapisan subsidi dan kawalan.

    Teori Media Penyertaan Demokrasi. Kumpulan minoriti mempunyai hak untuk berkomunikasi dan hak diberi khidmat kepada media. Selain itu, organisasi dan kandungan media tidak harus dikawal oleh birokratik negara atau politik pusat dan media harus wujud khusus untuk khalayak. Kumpulan organisasi dan komuniti tempatan harus mempunyai media masing-masing. Seterusnya, media hendaklah dalam bentuk berskala kecil interaktif dan partisimpatif adalah lebih baik daripada media berskala besar satu hala dan profesional. Sebagai contoh Berita Harian. Mengikut teori ini komunikasi terlalu penting untuk dibiarkan kepada golongan profesional sahaja.

    Sistem Media

    Apakah yang dikatakan dengan sistem media? Menurut Mohd Safar Hasim (1996), ia merupakan peraturan atau cara bagaimana media massa di negara tersebut berjalan. Menurut beliau lagi sistem akhbar mungkin sama atau berbeza-beza antara negara. Sistem media menerima kesan atau dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah negara berkenaan, dasar kerajaan, bentuk penduduknya, pembangunan ekonomi, politik dan juga sistem perundangan.

  2. Abdul Kadir Says:

    Teori akhbar/media yg mudah adalah seperti “agenda setting” lebih kepada kesan langsung antara kandungan agenda akhbar/media dengan persepsi awam tentang apa yang penting bagi mereka pada ketika itu.

    Sistem akhbar/media adalah saluran yang digunapakai untuk menyampaikan kandunga akhbar kepada khalayak.

  3. Abdul Kadir Says:

    Sistem akhbar M’sia menurut Syed Arabi terbahagi kepada beberapa demensi iaitu teknologi, pemilikan (kerajaan&swasta) dan perspektif fungsional.

  4. Abdul Kadir Says:

    Teori akhbar/media selalu menjadi asas pembincangan sebagai contoh teori normatif yang dikemukakan oleh McQuail beliau menyatakan media boleh membuat apa yang sepatutnya atau boleh dijangka. Dalam keadaan ini media/akbar bergerak pada satu set keadaan dan nilai semasa (nilai semasa = spt sosial, ekonomi, politik, pemintaan dan penawaran, dll)

  5. Mohammad Adnan Iqbal @ Ananthan Says:

    Teori normatif media massa dikemukakan oleh Fred S. Siebert, Ted Peterson dan Wilbur Schramm dan kemudian dikemaskinikan oleh Dennis McQuail.

  6. Mohammad Adnan Iqbal @ Ananthan Says:

    Menurut Gilchrist (1998) teori adalah suatu penerangan atau model yang diilhamkan berdasarkan kepada pemerhatian, kajian, atau justifikasi, khususnya yang telah diuji dan diterimapakai sebagai prinsip umum untuk memberi penerangan dan andaian mengenai sesuatu fenomena.

  7. Mohammad Adnan Iqbal @ Ananthan Says:

    Gilchrist (1998) teori adalah suatu penerangan atau model yang diilhamkan berdasarkan kepada pemerhatian, kajian, atau justifikasi, khususnya yang telah diuji dan diterimapakai sebagai prinsip umum untuk memberi penerangan dan andaian mengenai sesuatu fenomena.

  8. Mohammad Adnan Iqbal @ Ananthan Says:

    Menurut Gilchrist 1998, teori adalah suatu penerangan atau model yang diilhamkan berdasarkan kepada pemerhatian. kajian, atau justifikasi khususnya yang telah diuji dan diterimapakai sebagai prinsip umum untuk memberi penerangan dan andaian mengenai sesuatu fenomena.

  9. roslan Says:

    salam..

    Pada saya untuk zaman sekarang, teori media yang banyak kita lihat teori penentuan agenda@agenda setting.

    Ini kerana pada masa kini, media elektornik, cetak dan media baru. sesebuah cerita itu dikawal oleh media dan ini membuatkan agenda2 yang kita dapat lihat sekarang adalah yang telah ditentukan oleh pihak media untuk di ketengahkan supaya ia menjadi satu isu.

    Conth yang boleh dilihat ialah Isu sebatan Kartika..dulu kes ini hangat di mainkan oleh media, akan tetapi sekarang i menjadi kurang hangat kerana pendedahan media yang telah ditetapkan oleh editornya.

  10. Mohd Safar Hasim Says:

    Agenda media adalah dikawal oleh dasar media berkenaan. Siapakah yang mengawal dasar media? Tentulah tuan punyanya. Saya bincangkan ini dalam Akhbar di Malaysia: Antara Kebebasan dengan Tanggungjawab, terbitan UKM pada tahun 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: