Etika Media dan Badan Pemantau

Etika Amalan dalam Media dan Badan Pemantau

 Ringkasan

 Kuliah ini menerangkan mengenai etika amalan dalam media. Ia juga melihat peranan badan pemantu atau watchdog terhadap peranan akhbar. Antara lainnya ialah melihat peranan yang dimainkan oleh SUHAKAM, Majlis Akhbar atau Majlis Media.

 Apa dia etika? Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedga kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik. Misalnya, etika, merujuk kepada piawai yang memaksa tanggungjawab untuk menghalang daripada merogol, mencuri, membunuh, menyerang, memfitnah dan menipu. Piawai etika juga termasuk menjunjung kebenaran, mengasihani, dan kesetiaan.(diakses pada 16 Okt. 2009).

 Etika media ialah garis panduan yang digunakan oleh media sebagai panduan amalan yang baik oleh media. Setiap syarikat media mungkin ada garis panduan ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangannya. Begitu juga industri media. Etika ini ini boleh diwujudkan oleh badan-badan professional dan juga kesatuan sekerja. Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini (Sila rujuk garis panduan yang terkandung dalam Tatasusila Kewartawanan ini (Lihat buku Akhbar dan Kuasa, halaman 344-345). Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untu wartawan. Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.

 Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, finah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.

 Perkara-perkara yang menjadi tumpuan Tatasusila Kewartawanan Malaysia ialah:

 Laporan hendaklah benar;

Melaporkan secara jujur dan mengkritik secara saksama;

Wartawan hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen;

Kesalahan laporan hendaklah dibetulkan;

Merahsiakan sumber berita;

Menghindari laporan berita yang bercorak perkauman dan yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia;

Wartawan hedaklah memahami undang-undang Malaysia.

 

BADAN PEMANTAU

 Badan pemantau media lazimnya merujuk kepada badan seperti Majlis Akhbar atau Majlis Media. Di Malaysia, kedua-dua badan ini masih belum wujud. Walaupun terdapat gesaan untuk penubuhannya, ia masih belum  Berjaya diwujudkan kerana ia mendapat tentangan daripada wartawan, khususnya Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Penentangan ini berkait dengan pandangan bahawa Malaysia memmpunyai undang-undang yang mengawal akhbar. Oleh yang demikian, para wartawan merasakan sebuah badan lain tidak diperlukan kerana ia menjadi satu lagi lapisan kawalan.

 Majlis Akhbar mempunyai sejarah yang agak panjang di dunia ini. Sweden adalah Negara pertama mewujudkan  Majlis Akhbar pada tahun 1916. Pihak yang menubuhkan Majlis Akhbar Sweden merasa perlu untuk menubuhkan badan ini kerana di Sweden tidak ada undang-undang untuk mengawal akhbar. Ringkasnya, negara itu mengamalkan kebebasan akhbar. Ia merasa akhbar perlu dikawal walaupun bukan secara-undang tetapi secara sukarela oleh industri itu sendiri. 1947. Bentuk Majlis Akhbar di UK ini berubah menjadi Suruhanjaya Aduan Akhbar. Amerika Syarikat juga mecuba mewujudkan sebuah Majlis Akhbar, tetapi ditutup kerana ia dianggap bercanggah dengan amalan kebebasan akhbar.

 Selain  Sweden, United Kingdom juga mewujudkan Majlis Akhbar pada tahun

 Kini terdapat banyak majlis akhbar atau majlis media yang ditubuhkan di seluruh dunia bertujuan untuk menjadikan akhbar atau penyiaran lebih bertanggungjawab. Ini termasuk negara-negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal akhbar.

 Selain itu tugas memantau perjalanan akhbar dan penyiaran dibuat juga oleh badan-badan lain sama ada di peringkat negara, atau antarabangsa. Di Malaysia, wujud apa yang dipanggil sebagai Centre for Independent Journalists (CIJ). Badan ini lebih melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap media. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga bertindak sebagai pemantau. Tetapi peranannya tidaklah besar sangat.

 Di peringkat rantau, terdapat sebuah badan pemantau yang bernama South East Asia Press Association (SEAPA) yang bertindak sebagai badan pemantau di pihak wartawan.

 Di peringkat antarabangsa, UNESCO memberi banyak perhatian kepada kegiatan akhbar dan penyiaran khususnya yang berkaitan dengan kebebasan akhbar/media. Atasa dayausaha UNESCO,  pada 3 Mei setiap tahun diistiharkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu dan dirayakan di seluruh dunia. Malaysia juga merayakan hari tersebut. Tujuan utama perayaan itu ialah untuk mengalakkan perkembangan kebebasan akhbar di Malaysia,yang dilihat tidak mengamalkan kebebasan akhbar sepenuhnya.

 Rujukan:

  1. Wikipedia (akses 16 Okt. 2009)
  2. Mohd Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuasa.

All good things are difficult to achieve; all bad things are easy to get. Morarji Desai, former Prime Minister of  India.

Realize that there are not hopeless situation; there are only people who take hopeless situations – Norman Vincent Peale. 

Dipetik daripada Inspirational Quotes by World’s Greatest Personalities. Author Ganesh M.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: